Revolusi Ten Hag Bersama Man Utd, Jual 6 Pemain Untuk Bawa Masuk 2 Pemain

Manchester United secara rasminya telah mengumumkan yang mereka sudah melantik Erik Ten Hag sebagai pengurus kelab yang baharu bermula pada musim panas nanti.

Ten Hag ketika ini akan terus mengendalikan Ajax sehingga penghujung musim ini dan beliau hanya akan sertai Red Devils pada aksi pra musim nanti.

Jurulatih berusia 52 tahun itu diberikan kontrak selama tiga tahun sehingga 2025, dengan pilihan sambungan selama setahun yang boleh diaktifkan jika diperlukan.

“Sejak empat tahun lalu bersama Ajax, Erik telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya dan berkemampuan di Eropah, dikenali dengan corak permainan menarik dan bola sepak menyerang, selain komitmen terhadap pembangunan pemain muda,”

Jelas John Murtough, Pengarah Bola Sepak kelab di laman sesawang Man Utd untuk mengumumkan pelantikan Ten Hag.

“Berdasarkan perbualan kami bersama Erik sehingga kepada pelantikkannya ini, kami amat teruja dengan visi jangka masa panjang untuk mengembalikan Manchester United ke tahap di mana ia sepatutnya. Begitu juga dengan semangat dan kesungguhan yang ditampilkannya.”

12 pemain yang berpotensi meninggalkan Old Trafford

Menurut sumber laporan dari The Guardian, Erik Ten Hag akan diberikan kebebasan untuk membuat keputusan berkait pembelian dan penjualan pemain.

Memandangkan skuad Man Utd pada ketika ini dilihat sedikit huru-hara, maka tidak hairanlah akan berlakunya rombakan besar-besaran pada awal ketibaannya nanti.

Terbaru, sebelum berita tentang Ten Hag sah menjadi pengurus Man Utd didedahkan, The Mirror terlebih dahulu sudah mendedahkan yang pengurus dari Belanda itu mahu membuat rombakan besar-besaran.

Hasil risikan dari media tersebut, mereka mendapati yang Manchester United bakal melepaskan 12 pemain pada jendela perpindahan musim panas ini dalam usaha mereka untuk mendapatkan dana tambahan bagi membeli pemain baru.

Paul Pogba, Edinson Cavani, Nemanja Matic, Jesse Lingard, Juan Mata dan Lee Grant sepertinya sudah pasti akan meninggalkan kelab pada musim panas ini memandangkan kontrak mereka juga tamat pada penghujung musim ini.

Sebagai tambahan kepada nama-nama di atas, Ten Hag juga dilaporkan tidak ada masalah untuk melepaskan pemain seperti Anthony Martial, Marcus Rashford, Phil Jones, Alex Telles, Aaron Wan-Bissaka dan Eric Bailly.

Dengan 12 pemain berpotensi untuk meninggalkan kelab, adakah Ten Hag akan menandatangani pemain baru dalam usahanya untuk memantapkan skuad sedia ada?

The Mirror turut mendedahkan yang United ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan dua pemain dari skuad The Three Liones, Harry Kane dan Declan Rice.

Jelas sekali, untuk mendapatkan dua pemain ini, Manchester United memerlukan dana yang sangat besar kerana nilai kedua-dua mereka boleh mencecah £200 juta.

Dengan menjual enam pemain di atas, Man Utd bakal memiliki dana tambahan untuk mereka gunakan bagi mendapatkan khidmat kedua-dua pemain itu.

Walau bagaimanapun, Ten Hag dilaporkan sudah memiliki perancangan tambahan yang dilihat lebih realistik dan mampu untuk ditunaikan oleh Man Utd.

Beliau sudah menyenaraikan nama bintang Benfica, Darwin Nunez sebagai pemain yang mahu beliau tandatangani pada musim panas ini nanti.

Darwin Nunez pada ketika ini jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 31 gol dari 37 penampilan dalam semua pertandingan.

Beliau juga turut menyenaraikan nama Ruben Neves untuk ditandatangani seandainya Man Utd tak mampu untuk mendapatkan Declan Rice.

Bintang Wolverhampton Wanderers itu sememangnya sudah lama dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester United, walau bagaimanapun hal itu sepertinya tidak pernah berlaku.

Kini, di bawah kendalian Ten Hag, nama beliau sekali lagi dikaitkan dengan Man Utd dan sepertinya pengaruh pengurus dari Belanda itu akan mampu membawanya ke Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN