Para pemain dan staf Manchester United dilaporkan sudah kembali di lapangan Manchester pada Ahad lalu setelah menghabiskan masa hampir tiga minggu mereka di Thailand dan Australia untuk aksi pra-musim.
Saat ini, Erik Ten Hag selaku Pengurus United mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja untuk menentukan barisan pemain pilihan beliau sebelum pertemuan liga menentang Brighton & Hove Albion.
Homecoming.
Manchester, England 🏴#MUFC || #PhotoOfTheDay https://t.co/ie412Xen0v pic.twitter.com/2VMXRyPObB
— Manchester United (@ManUtd) July 24, 2022
Menjelang persaingan liga juga, Ten Hag masih sempat untuk terus menguji barisan pemain menerusi dua lagi aksi pra-musim seterusnya menentang Atletico Madrid dan Rayo Vallecano.
Pengurus tersebut setakat ini sudah menguji 30 barisan pemain beliau dan menanti kehadiran Lisandro Martinez serta Christian Eriksen pada minggu ini.
Berdasarkan prestasi pasukan sepanjang aksi pra-musim ini boleh dikatakan sangat baik dari segi keputusan serta impak pemain.
Namun, ada juga beberapa nama dilihat tidak begitu menyerlah dan berada dalam kedudukan berbahaya untuk tidak tersenarai dalam calon pilihan Ten Hag.
Ini ada tiga pemain dianggap menyerlah serta tiga pemain agak suram dari segi prestasi pada aksi pra-musim menurut ESPN.
Pemain menyerlah:
Anthony Martial
Martial memulakan kempen musim panas ini dengan keadaan sedikit buntu mengenai masa depannnya bersama United.
Namun segalanya berubah selepas pemain ini merekodkan aksi cukup cemerlang sepanjang pra-musim di Thailand dan Australia.
Pemain ini menggunakan peluang yang ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo sebaik mungkin selaku penyerang utama kelab untuk empat perlawanan dihadapi.
⏸ @AnthonyMartial's fine finish is the difference at the break — good graft, Reds! 👏#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022
Pemain ini juga telah meledak tiga gol dalam aksi bertemu Liverpool, Melbourne Victory serta Crystal Palace untuk menjadi faktor terkuat Martial menjadi kesebelasan utama ketika saingan liga bermula.
Jadon Sancho
Selepas agak sukar memulakan musim pertamanya sebelum itu di Old Trafford, kelibat Sancho kini mula menjadi bualan ramai menerusi aksi positif yang ditampilkan pada perlawanan pra-musim.
Bermain di barisan hadapan sebelah kanan, Sancho setakat ini sudah pun meledak tiga gol secara keseluruhan, termasuk perlawanan akhir menentang Aston Villa di Australia.
⚡️ @Sanchooo10 has been in 🔝 form so far in pre-season 👏#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 25, 2022
Lebih penting, Sancho dilihat berjaya membentuk persefahaman yang sangat bagus bersama Marcus Rashford serta Martial dari segi penghasilan gol.
Diogo Dalot
Pemain muda tersebut sudah pun bersama United sejak tahun 2018, dan selepas perlawanan menentang Villa baru-baru ini, Dalot menyatakan dirinya betul-betul menjadi pemain kelab itu.
Pemain ini berjaya beraksi dengan cukup baik dan memberi keyakinan buat Ten Hag untuk terus memilih Dalot dalam kesebelasan utama berbanding Aaron Wan-Bissaka.
Can we just take a moment to appreciate Diogo Dalot? The progress he’s been making under Erik Ten Hag, has been a joy to watch so far. 🇾🇪 pic.twitter.com/iTGrULhoet
— 𝑷𝒆𝒕𝒆𝒓 (@MUFC_Peterr) July 21, 2022
Aksi paling diingati pastinya ketika Dalot membuat hantaran lintang cantik kepada kepada Martial dalam aksi menentang Palace sebelum itu.
Pemain yang beraksi hambar:
Raphael Varane
Pertahanan ini mengakui tidak merasa sesal untuk beraksi bersama United sebelum itu selepas meninggalkan Real Madrid yang mengecapi pelbagai kejayaan.
Namun hakikatnya kini beliau perlu sedar persaingan sengit di posisi tersebut bakal terjadi setelah Ten Hag mendapatkan khidmat Martinez.
Erik ten Hag knows Manchester United can't depend on Raphael Varane for the whole season 👀 pic.twitter.com/xBDVjH1IBS
— Man United News (@ManUtdMEN) July 25, 2022
Lebih perit, Ten Hag juga menyatakan khidmat Harry Maguire akan dijadikan sebagai pemain utama beliau pada musim akan datang selain isu kecederaan kerap sentiasa dialami oleh Varane.
Wan Bissaka
Pertahanan kanan ini jelas kurang diberi tumpuan oleh Ten Hag setakat ini dan palinh menyerlah apabila hanya nama beliau dan pemain muda, Ethan Laird tidak dibawa masuk pada aksi menentang Melbourne Victory.
Wan-Bissaka merupakan pemain bertahan yang sangat baik berbanding Dalot, namun Ten Hag lebih menggemari aspek serangan dimiliki Dalot yang lebih agresif dan aktif.
Aaron Wan-Bissaka vs Leeds (a) pic.twitter.com/5huebXnloU
— JM 🦁 (@JMNDComps) February 21, 2022
Kelebihan Wan-Bissaka dari segi hantaran lintang ke dalam petak penalti setakat ini masih belum menjamin posisi beliau pada persaingan liga yang akan datang.
Alex Telles
Tidak kurang lagi dua minggu sebelum aksi liga bermula, Alex Telles pastinya mengetahui masanya bersama United semakin ke penghujung.
Ditambah dengan kehadiran pemain baharu iaitu Tyrell Malacia yang dilihat agak menyakinkan dari segi prestasi serta keperluan bersaing bersama Luke Shaw, pasti ianya menyukarkan pemain tersebut untuk mendapat tempat.
🔥 @MarcusRashford x Alex Telles 🔗
🔴 #MUFC pic.twitter.com/ajVMgWeBgf
— Manchester United (@ManUtd) November 22, 2020
Walaupun masih lagi mempunyai baki kontrak selama dua tahun, rasanya tidak banyak prospek boleh dibangunkan lagi buat pertahanan ini walaupun untuk menjadi pilihan kedua selepas Shaw.