Liga Super: PJ City Sudah ‘Kaji’ Kekuatan Sabah Untuk Perlawanan Malam Ini

Setelah tampil dengan keputusan seri sejak dua perlawanan lalu, kini Petaling Jaya City (PJ City) pastinya mahu meraih mata penuh biarpun sedar berdepan lawan yang kuat iaitu Sabah.

Perlawanan yang bakal berlangsung malam ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu dilihat mahu ditamatkan dalam bentuk kemenangan setelah lapan perlawanan dihadapi tanpa kutipan tiga mata penuh dibuat oleh PJ City.

Menurut Shivan Pillay Asokan selaku pertahanan kelab tersebut, mereka perlu mengelakkan situasi memberi peluang sepakan percuma di kawasan berbahaya setelah menyedari pelawat pakar dalam keadaan tersebut untuk mencatat gol.

Shivan jelas sedar pemain Sabah seperti Baddrol Bakhtiar dan Park Tae-su antara watak yang memberi impak dalam situasi tersebut untuk mengecewakan lawan.

“Berdepan Sabah, kita kena segera cari semula sentuhan kemenangan apabila terlepas peluang semasa berdepan dengan Melaka.

“Namun Sabah sememangnya diketahui berada di tahap terbaik dan mereka antara pasukan yang sangat berbahaya pada situasi bola mati.

“Di PJ City, kami telah lakukan kerja rumah dalam meneliti kekuatan yang dimiliki Sabah semasa situasi bola mati dan harap boleh membantu pada perlawanan sebenar.

“Baddrol dan Park, dua pemain yang sentiasa berbahaya apabila mereka mendapat sepakan percuma atau sepakan penjuru,jadi kami kena sentiasa fokus,” katanya menerusi laman rasmi MFL.

Untuk rekod, kali terakhir PJ City berjaya memperoleh kemenangan dalam saingan Liga Super ketika menewaskan Terengganu di laman sendiri pada 6 April lalu dengan keputusan 3-0.

Selepas itu, segalanya serba tidak menjadi buat kelab tersebut untuk memperoleh kemenangan apabila sekadar terikat seri dalam lima perlawanan serta merekodkan tiga kekalahan dalam aksi Liga Super.

Pada masa sama, Shivan akui dirinya jelas gembira apabila mula diberi ruang dan kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama PJ City.

Walaupun begitu, Shivan akui dirinya sedikit sedih pada awal sebelum beliau berpindah dari Selangor selepas menabur bakti selama dua musim di sana, namun peluang beraksi bersama PJ City dianggap pemain tersebut sebagai suatu peluang tidak boleh dilepaskan.

“Tiada istilah menyesal apabila memilih tinggalkan Selangor biarpun mereka ada reputasi lebih besar namun saya melihat kekerapan peluang untuk bermain di Liga Super sebagai perkara utama.

“Kini secara perlahan-lahan saya sudah berjaya raih tempat dalam kesebelasan utama malah dapat bermain di posisi kegemaran iaitu selaku pemain tengah.

“Selain itu, di sini saya tetap boleh belajar dari pemain-pemain pengalaman seperti K. Gurusamy, Mahalli Jasuli dan Khyril Muhymeen.

“Malah, saya menjadikan Darren Lok dan Kalamullah Al-Hafiz sebagai inspirasi iaitu jika boleh konsisten dalam tiap perlawanan maka tidak mustahil bagi mendapat panggilan skuad negara,” katanya.

Sehingga kini, Shivan jelas menjadi antara pemain penting dalam sistem taktikal yang diterapkan oleh K. Devan, apabila sudah beraksi dalam sembilan perlawanan dengan enam daripadanya selaku pemain kesebelasan utama.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN