Revierderby: Dortmund Semakin Tertekan, Schalke Mahu Jarakkan Kedudukan.

Revierderby atau juga dipanggil ‘Ruhr Derby’ merupakan perlawanan derbyi melibatkan 2 pasukan berjiran iaitu Borussia Dortmund dan Schalke 04.

Kedua-dua pasukan ini terletak di kawasan perindustrian Ruhr dan hanya dipisahkan dalam jarak 20 batu.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Dalam kawasan perindustrian ini, wujud 2 bandar yang bernama Gelsenkirchen yang mewakili Schalke 04 manakala Dortmund jelas milik pasukan Borussia Dortmund.

Sabtu ini, derbi melibatkan kedua-dua pasukan kembali lagi dan pasti menjanjikan satu perlawanan yang amat ditunggu-tunggu.

Manakan tidak, Borussia Dortmund yang kini berada di tangga kelima liga dilihat semakin tertekan selepas tidak mencatat sebarang kemenangan selepas 5 perlawanan liga.

Tekanan kian memuncak apabila terdengar khabar angin mengatakan tempat jurulatihnya, Peter Bosz akan tergugat sekiranya gagal menamatkan kemarau kemenangan dalam perlawanan ini.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Ini ditambah dengan rekod yang buruk oleh pasukan kendalian jurulatih dari Belanda ini selepas hanya memenangi 1 perlawanan dalam 9 perlawanan kompetitif Dortmund.

Sementara itu, kem pasukan Schalke terus terkilan untuk menagih khidmat tonggak utamanya selepas Bentaleb tidak dapat diturunkan lagi akibat mengalami kecederaan panjang. Namun, Leon Goretzka sudah bersama pasukan sejak beberapa hari yang lalu dan bakal kembali dalam skuad Sabtu ini.

Manakala perkhabaran positif hadir dalam kalangan penyokong setia Dortmund selepas pemain mudanya, Christian Pulisic yang mengalami kecederaan sebelum ini dilaporkan sudah menjalani latihan bersama pasukan.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Pemain berusia 19 tahun ini dijangka akan diturunkan dan pasti menjadi sandaran Bosz untuk melakar kemenangan di Signal Iduna Park.

Merujuk  kepada prestasi semasa, Schalke dilihat lebih mencuri tumpuan selepas menang dua kali berturut-turut dalam saingan liga.

Manakala bagi Dortmund, prestasi dalam saingan liga dianggap yang terburuk selepas kalah 3 kali berturut-turut ke atas Hannover, Bayern dan Stuttgart.

Satu perlawanan yang menarik dan dianggap tumpuan minggu ini. Sinonim dengan trivia yang direkodkan kedua-dua pasukan seperti, ini adalah kali pertama Schalke berada di atas Dortmund sepanjang musim ini. Namun, sekiranya tewas, Dortmund akan kembali berada di atas.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Selain itu, rekod 5 perlawanan lepas melibatkan kedua-dua pasukan memihak Dortmund dan mampukah Schalke menamatkan rekod ini seterusnya menolak Dortmund semakin jauh dalam perebutan kejuaraan liga?

Ini ditambah dengan rekod yang kurang menyakinkan Dortmund di laman sendiri selepas hanya melakar 4 kemenangan dalam 18 pertemuan di Signal Iduna Park, selebihnya mencatat 7 kali seri dan 7 kekalahan.

3 mata atau Dortmund semakin tercicir. Ayuh sama-sama saksikan pertemuan kali ke 91 yang ditunggu-tunggu oleh sekumpulan penyokong fanatik yang berjiran ini. Jangan lupa temu janji kita Sabtu ini pukul 10.20 malam di saluran Fox Sports 3 Astro.

Das Revierderby!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN