Bekas Jurulatih Harimau Malaya, Allan Harris Meninggal Dunia

Akhbar tempatan hari ini melaporkan bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Allan Harris disahkan meninggal dunia pada usia 74 tahun semalam.

Mendiang membimbing Harimau Malaya selama empat tahun bermula dari Disember 2000 hingga 2004 dengan menggantikan Abdul Rahman Ibrahim.

Antara kejayaannya ialah membantu Harimau Malaya menduduki tangga ketiga Piala AFF pada 2004.

Sebelum dilantik mengendalikan Malaysia, Harris hadir dengan reputasi besar selaku bekas penolong jurulatih kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan kelab Mesir, Al-Ahly.

Ketika bergelar pemain, Harris yang beraksi di posisi pertahanan pernah beraksi bersama Chelsea, Coventry City, Queens Park Rangers, Plymouth Argyle, Cambridge United, Hayes, St Patrick’s Athletic.

“Kelab bola sepak Chelsea sedih dengan pemergian Allan Harris, bekas pertahanan yang pernah beraksi lebih 100 kali bersama kelab ini pada tahun 1960-an,” menurut kenyataan Chelsea menerusi laman sosial Twitter.

Allan Harris merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar.

Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah seperti yang beliau sangkakan.

Ketika itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, mendiang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara.

Mendiang juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.

Antara kejayaan mendiang ialah berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional.

Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.

Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN