Saingan Bundesliga yang telah kembali minggu ini selepas dua bulan ‘direhatkan’ menyaksikan Borussia Dortmund menang selesa 4-0 ke atas seteru setempat, Schalke 04.
Dua gol Raphael Guerreiro pada setiap separuh masa serta satu gol masing-masing dari Erling Haaland dan Thorgan Hazard.
Selepas kira-kira 95,000 minit tanpa aksi bola sepak, saingan liga utama itu akhirnya kembali selepas ditangguhkan ekoran pendemik COVID-19 dan perlawanan Rivierderby tentunya menjadi tumpuan.
Derby Day, Dortmund's way 🐝 #Revierderby #BVBS04 2-0 pic.twitter.com/yXFvZapOfB
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) May 16, 2020
Dortmund memulakan perlawanan tanpa pemain terbaiknya, Jadon Sancho dalam kesebelasan utama. Pamain antarabangsa England itu telah menjaringkan 14 gol dan menyumbang 15 bantuan jaringan pada musim ini.
Namun Dortmund tetap membariskan barisan terbaiknya seperti Roman Burki, Matt Hummels, Achraf Hakimi, Mahmoud Dahoud, Julian Brandt, Hazard, Guerreiro dan Haaland. Namun kapten pasukan, Marco Reus yang masih belum cergas tidak disenarai dalam perlawanan ini.
Ada penonton atau tidak, Revierderby yang mempertemukan BVB dan Schalke tetap menjadi salah satu derbi yang ditunggu-tunggu di Eropah.
Namun buat kali pertama dalam sejarah, perlawanan di antara dua pasukan dari bandar Dortmund dan Gelsenkirchen yang dipisahkan kurang dari 20 batu di wilayah Ruhr ini sunyi daripada sorakan penyokong.
Selepas setengah jam perlawanan berlangsung, senjata baharu Dortmund, Erling Haaland menjaringkan gol pertama perlawanan dengan menyudahkan hantaran lintang dari kanan oleh Lukas Piszczek. Ianya merupakan gol ke-10 pemain Norway itu dalam 10 penampilan Bundesliga.
Celebrations in 2020. pic.twitter.com/F0nrltll6C
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) May 16, 2020
Dengan lebih banyak mendominasi penguasaan bola, Dortmund mendapatkan gol kedua mereka bermula dengan kesilapan penjaga gol Schalke, Markus Schubert yang cuba membuat hantaran tetapi berjaya dipintas Dahoud sebelum disudahkan dengan baik oleh Guerreiro sebelum tamat separuh masa pertama
Hanya tiga minit selepas babak kedua bersambung, giliran Thorgan Hazard menghukum barisan pertahanan pasukan pelawat dengan gol ketiga perlawanaan dengan merembat kencang bola hantaran Brandt tepat sebelah kanan gol.
THUNDERSTRUCK ⚡️ pic.twitter.com/zQbVBRcOJr
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) May 16, 2020
Minit ke-63, Guerreiro menyumbat gol kedua peribadinya hasil gerakan satu dua dengan Haaland sebelum melepasi perangkap ofsaid dan merembat menggunakan bahagian luar kaki kirinya.
Kemenangan itu membolehkan Dortmund mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga, Bayern Munich dengan hanya satu mata dan tiga mata mengatasi RB Leipzig yang diikat Freiburg 1-1.
Perlawanan lain menyaksikan Augsburg tumpas 2-1 kepada Wolfsburg sementara Hoffeinhem turut tewas 3-0 di gelanggang sendiri kepada Hertha Berlin.
Stalemate at the bottom 🔒
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) May 16, 2020
Derby delight for Dortmund 🐝
Leipzig held ✋
Labbadia era begins ✈️
Wolfsburg leave it late 🍿 #BundesligaMD26 pic.twitter.com/GJmX9D8rvB
Bayern Munich akan beraksi pada awal pagi Selasa waktu Malaysia.
Kredit Foto: Kredit Foto: Borussia Dortmund