Sejarah Revierderby: Permusuhan Borussia Dortmund Dengan Schalke 04

“Dortmund dan Schalke kedua-duanya mempunyai ramai penyokong. Kalau mereka ada stadium yang berkapasiti 200,000 pun, stadium akan penuh bila tiba masa untuk Revierderby.”

Inilah komen Raphael Honigstein, penulis dan wartawan koresponden The Guardian di Jerman tentang Revierderby.

Tetapi adakah anda tahu apakah itu Revierderby dan asal-usulnya?

Apakah itu Revierderby?

Revierderby atau juga dipanggil Ruhr Derby merupakan perlawanan derby antara Borussia Dortmund dengan Schalke 04. Kedua-dua pasukan ini merupakan jiran di kawasan perindustrian Ruhr.

Dalam kawasan perindustrian Ruhr, terletaknya dua bandar besar. Gelsenkirchen dan Dortmund. Jarak antara 2 bandar ini hanya 36km atau 20 minit jika menggunakan tren.

Bandar Gelsenkirchen diwakili oleh Schalke 04.

Gelsenkirchen

Manakala bandar Dortmund diwakili oleh Borussia Dortmund.

Dortmund

Seperti North London derby, Manchester derby, el derbi Madrileño (Madrid derby) dan Derby della Capitale (Rome derby), Revierderby adalah permusuhan yang berasaskan geografi.

Dua pasukan berjiran tetapi masing-masing mempunyai ideologi dan identiti tersendiri. Jadi mereka bermusuh.

Bagaimanakah permusuhan antara Borussia Dortmund dan Schalke 04 bermula?

Bandar Gelsenkirchen dan Dortmund terlibat aktif dalam perlombongan arang batu semasa Revolusi Industri Eropah pada awal kurun ke-18 dahulu. Selepas era Revolusi Industri, Perang Dunia Pertama pula meletus.

Selepas Perang Dunia Pertama, penduduk Gelsenkirchen dan Dortmund hanya mempunyai kelab bola sepak mereka untuk memberikan mereka rasa bangga.

Dalam era dimana kadar kemiskinan dan pengangguran sangat tinggi, kemenangan pasukan bola sepak mereka dapat mengurangkan kesedihan hidup mereka. Bola sepak merupakan highlight kehidupan mereka pada setiap minggu.

Jika pasukan mereka menang, mereka akan gembira sepanjang minggu. Jika pasukan mereka kalah, mereka akan berduka sepanjang minggu.

Apabila penyokong Schalke 04 dan Borussia Dortmund meletakkan kepentingan yang sebegitu kepada kelab bola sepak mereka, kemenangan ke atas jiran sangat-sangat diutamakan.

Sejauh mana kebencian penyokong Schalke 04 dan Borussia Dortmund terhadap jiran mereka?

Jika anda berada di bandar Dortmund dan menyebut nama ‘Gelsenkirchen’, orang Dortmund akan memberitahu anda: mereka tidak kenal dan tahu apa itu Gelsenkirchen.

Jika anda berada di bandar Gelsenkirchen dan menyebut nama ‘Dortmund’, orang Gelsenkirchen akan memberitahu anda: mereka tidak kenal dan tahu apa itu Dortmund.

Sebenarnya mereka bukan tak tahu. Cuma mereka terlalu benci jiran mereka sehingga tak mahu menyebut nama jiran bandar mereka.

Orang Gelsenkirchen memanggil nama bandar Dortmund sebagai ‘Lüdenscheid-Nord’ (utara Lüdenscheid) kerana Dortmund terletak 40km di utara bandar Lüdenscheid.

Orang Dortmund pula memanggil nama bandar Gelsenkirchen sebagai ‘Herne-West’ (barat Herne) kerana Gelsenkirchen terletak di barat bandar Herne.

herne-west

Ia umpama orang Perak memanggil Selangor sebagai ‘utara Negeri Sembilan’ dan orang Selangor memanggil Perak sebagai ‘barat Pahang’.

Inilah tradisi kebencian antara penyokong Dortmund dan Schalke di Jerman. Bagi mereka, nama bandar jiran mereka terlalu jijik untuk disebut dengan mulut mereka,

Bagaimana atmosfera penyokong ketika Revierderby?

Penyokong Schalke 04 diketuai oleh Ultras Gelsenkirchen. Manakala penyokong Borussia Dortmund pula diketuai oleh Ultras Dortmund.

Kedua-dua kumpulan ultras ini bukan sahaja menyokong pasukan ketika perlawanan, malah ketika latihan juga.

Video di bawah merupakan contoh sokongan yang diberikan oleh Ultras Gelsenkirchen ketika sesi latihan pasukan sebelum Revierderby.

Einen Tag noch bis zum #Revierderby gegen den BVB! Besuch beim Abschlusstraining des FC Schalke 04:

Posted by WAZ on Saturday, November 7, 2015

Das ist einfach zu GEil um es euch nicht zu zeigen

Posted by Marco Höger on Saturday, November 7, 2015

Ganaskah penyokong Schalke 04 dan Borussia Dortmund ketika Revierderby?

Ketegangan antara Ultras Gelsenkirchen dan Ultras Dortmund ketika Revierderby boleh menjadi tak terkawal jika tiada kawalan polis.

Setiap kali perlawanan Revierderby tiba, lebih 3,000 anggota polis Jerman dikerah untuk mengasingkan kumpulan penyokong Dortmund dan Schalke dari jalan masuk stadium sehinggalah ke pintu masuk stadium.

Apabila dua kumpulan penyokong ini tidak diasingkan, insiden ini pasti akan terjadi.



Tahukah anda?

Dalam sebuah lagu chant Schalke 04 yang bertajuk Blau und Weiß wie lieb ich dich, terdapat satu baris lirik yang berbunyi:

Mohammed war ein Prophet,
der vom Fussballspielen nichts versteht,
Doch aus all der schoenen Farbenpracht hat er sich das Blau und Weisse ausgedacht

Lirik ini membawa maksud:

Muhammad seorang nabi,
beliau tak tahu tentang bola sepak,
tapi dalam banyak-banyak warna, beliau pilih biru dan putih

Lagu chant ini sudah dinyanyikan sejak 1926 dan tak pernah menimbulkan masalah kepada komuniti Muslim Turki yang banyak mendiami bandar Gelsenkirchen.

Kesimpulan

Dari segi magnitud kehangatan derby, Revierderby nyata lebih hardcore berbanding derby di England.

Walaupun Jerman adalah sebuah negara maju, penyokong kelab bola sepak mereka masih mampu mempamerkan tahap sokongan yang setanding dengan penyokong di negara membangun.

Jika anda seorang penyokong bola sepak tegar, menonton perlawanan ini secara live wajib berada dalam senarai perlawanan yang perlu anda kunjungi sebelum anda meninggal dunia.

Baca juga: 9 Pemain Asia Yang Perlu Diberi Tumpuan Di Bundesliga Musim 2015/2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN