‘Retak Menanti Belah’ – Ronaldo Ditinggalkan United Untuk Aksi Bertemu Chelsea

Hubungan penyerang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo bersama kelab diwakilinya iaitu Manchester United tidak begitu baik bukan lagi sesuatu yang baharu sejak permulaan musim ini.

Terbaharu, beliau sah disingkirkan kelab berkenaan daripada senarai utama dan telah diketepikan oleh United untuk aksi seterusnya saingan English Premier League (EPL) menentang Chelsea.

Perkara ini berlaku disebabkan sikap Ronaldo sendiri yang tidak mempunyai semangat kesukanan dalam pasukan, setelah beliau enggan beraksi selaku pemain simpanan pada perlawanan lalu.

Baru-baru ini, United telah pun mencatat kemenangan keenam mereka dalam saingan liga, apabila skuad kendalian Erik ten Hag itu berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs menerusi keputusan penuh, 2-0.

Dua jaringan berjaya terhasil masing-masing menerusi Fred dan Bruno Fernandes untuk menceriakan para penyokong sebelum Ronaldo mencemarkan suasana melalui sikapnya.

Pemenang lima kali Ballon d’Or dilihat telah pun meninggalkan padan dengan lebih awal dan menuju ke terowong dalam stadium, biarpun wisel tamat perlawanan masih lagi belum ditiupkan.

Ten Hag jelas tidak senang akan sikap  dipamerkan oleh pemain senior tersebut jelas tidak mengeluarkan sebarang komen yang boleh merosakkan lagi keharmonian kelab kepada media.

Sikap semakin memberontak pemain kebangsaan Portugal itu juga dilihat bermula ketika aksi mereka menentang Newcastle United apabila beliau tidak berpuas hati ketika ingin digantikan kepada Marcus Rashford.

Kesan daripada sikap yang dipamerkan oleh Ronaldo, kelab telah pun mengambil keputusan untuk tidak membawa pemain ini untuk aksi seterusnya berdepan Chelsea.

“Ronaldo tidak akan menjadi sebahagian daripada pemain Manchester United yang akan dibawa pada Sabtu ini untuk aksi berdepan Chelsea.

“Para pemain lain akan terus memberi fokus sepenuhnya dalam persiapan bagi siri perlawanan akan datang,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh United menerusi Sport Bible.

Keputusan kali ini jelas berpihak kepada ten Hag, apabila kelab jelas mempertahankan beliau kali ini atas sikap buruk dipamerkan oleh Ronaldo.

Dengan Ronaldo tidak beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan lalu, pengurus dari Belanda itu telah memberi peluang kepada Anthony Elanga, Scott McTominay, dan Christian Eriksen untuk bermain.

Ini bukan kali pertama Ronaldo bersikap sedemikian, setelah pada awal musim ini pemain tersebut telah melakukannya ketika aksi menentang Rayo Vallecano dengan meninggalkn Old Trafford lebih awal.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN