Restoran Piza Di Napoli Umum Akan Promosi Pizza €1 Seunit Setiap Kali Higuain Cedera

Nampak gayanya, bara kemarahan orang-orang Naples terhadap Gonzalo Higuain belum reda.

Minggu lalu, Gonzalo Higuain melengkapkan perpindahannya dari Napoli ke Juventus dengan jumlah perpindahan sebanyak £75 juta.

Perpindahan tersebut menjadikan penyerang Argentina menyertai senarai pemain termahal dunia di tangga ketiga, di belakang Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Perpindahan tersebut mendapat reaksi kurang senang peminat Napoli dan menganggap beliau sebagai “pembelot” dan “tidak bersyukur”.

Mereka membakar jersi Higuain sebagai tanda berang. Ada juga yang mengepam jersi Higuain di mangkuk tandas.

Higuain-jersey

Malah lebih ekstrim, muka Higuain di poster besar di padang latihan Napoli dibuang oleh peminat!

CoJBy5MWgAE73CZ

Pergaduhan Higuain dengan Presiden Napoli

Higuain menyatakan bahawa keretakan hubungan antaranya dengan Presiden Napoli iaitu Aurelio De Laurentiis merupakan punca utama mengapa beliau keluar dari kelab tersebut.

Pendedahan yang diberitahu Higuain ketika majlis pengenalan beliau sebagai pemain Juventus itu turut disokong oleh ayahnya, Jorge Higuain.

Namun De Laurentiis membalas semula dengan menulis surat terbuka kepada Higuain.

Presiden kelab yang juga penerbit filem itu menyatakan Higuain seorang yang “palsu”.

“Higuain menjadikan saya sebagai punca mengapa dia pergi dari Napoli.”

“Jika dia tidak suka akan kewujudan saya, mengapa dia perlu mengambil masa 3 tahun untuk mengetahui sama ada dia suka pada saya atau tidak?”

Beliau juga pelik kerana Higuain tidak pernah menunjukkan sebarang tindak-tanduk atau reaksi yang menunjukkan beliau tidak menyukai Presiden Napoli itu.

“Ketika kami di Badan Disiplin di Rom untuk merayu mengenai pergantungan 4 perlawanan Higuain pada bulan April, dia sangat tenang pada waktu itu.

“Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif kepada saya. Siapa yang ada disitu pasti tahu akan hal ini.”

Promosi piza hanya untuk kecederaan Higuain

Kemarahan peminat Napoli terhadap Higuain tidak berhenti disitu.

Show Pizza iaitu sebuah restoran di Naples juga menunjukkan rasa kecewa mereka terhadap pemergian Higuain ke Juventus dengan melakukan satu promosi unik.

Promosi tersebut adalah mereka akan menjual piza margherita (piza semua keju) hanya pada €1 (RM4.50) sahaja seunit setiap kali Higuain cedera di Juventus!

pizza-Higuain-650x488

Show Pizza melakukan promosi sedemikian kerana Higuain pernah mengalami kecederaan pada awal tahun ini.

Jadi mereka yakin Higuain akan mendapat kecederaan sekali lagi apabila bermain untuk Juventus pada musim akan datang.

Baca juga: 10 Pemain Bergaji Paling Tinggi Di Serie A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN