Kad Merah Boleh Diberi Sebelum Perlawanan, EPL Ubah 12 Peraturan Bermula Musim 2016/2017

Hasil mesyuarat Agung International Football Association Board (IFAB) pada Mac lalu, IFAB telah menambah 95 peraturan baru dalam bola sepak.

130th FIFA IFAB AGM

Beberapa peraturan baru tersebut telah pun dilaksanakan dalam kejohanan Piala Eropah dan Copa America Centenario yang lalu.

Turut mengikut jejak ini adalah Liga Perdana Inggeris pada musim 2016/2017 nanti.

Bermula dengan usaha penjenamaan semula dengan memperkenalkan logo liga baru (gambar bawah), pengelola liga bola sepak di England, Football League Association (FLA) turut akan mengguna pakai 12 peraturan baru dalam Liga Perdana Inggeris.

DesignStudio_Premier_League_Rebrand_2016_05-2000x1125

Berikut adalah senarai 12 peraturan baru tersebut:

1. Sepak mula lebih bebas

Sebelum ini, peraturan mewajibkan bola disentuh oleh 2 pemain. Sentuhan pertama hendaklah ditolak ke depan (ke kawasan pasukan lawan).

Selepas ini, peraturan itu dimansuhkan.

Seperti yang anda lihat semasa kejohanan Piala Eropah dan Copa America Centenario, pasukan yang mengambil sepak mula bebas menghantar bola ke mana-mana sahaja – termasuk kepada penjaga gol.

Sentuhan pertama bermakna perlawanan telah berlangsung.

2. Kad merah boleh diberikan SEBELUM perlawanan

Pengadil boleh melayangkan kad merah kepada pemain walaupun sebelum memasuki padang sekiranya pemain melakukan kesalahan.

Kesalahan ini termasuklah menimbulkan kekecohan di terowong stadium (seperti insiden Patrick Vieira dan Roy Keane di Highbury) atau ketika sesi memanaskan badan dengan kelakuan atau pertuturan yang ofensif.

3. Triple Punishment Law dikuatkuasakan

Triple punishment law merujuk kepada 3 hukuman yang akan dikenakan kepada pasukan jika pemain melakukan kesalahan (foul) yang menghalang pemain lawan menjaringkan gol.

3 hukuman tersebut adalah:

  • Pemain yang melakukan kesalahan akan diberi kad merah
  • Penalti diberikan kepada pasukan lawan
  • Pemain yang melakukan kesalahan akan digantung perlawanan

Peraturan baru akan menyaksikan triple punishment law diaplikasi kepada kesalahan yang bukan mandatori kad merah.

Maksudnya, pengadil akan menilai sama ada kesalahan dilakukan secara sengaja atau tidak.

Contohnya, katakan pemain memegang (atau terpegang) bola sehingga menghalang percubaan menjaringkan gol.

Jika tidak sengaja, kad kuning akan dilayangkan kepada pemain bersalah. Pasukan lawan pula akan diberikan penalti untuk kesalahan di dalam kotak penalti.

Namun jika pemain sengaja memegang bola untuk menghalang percubaan gol dalam keadaan peratusan gol adalah tinggi (contohnya aksi Luis Suarez ketika Ghana vs Uruguay, Piala Dunia 2010), maka triple punishment akan diberikan.

4. Rawatan kecederaan dibenarkan dalam padang

FLA menegaskan jika ada pemain yang dikasari dengan teruk oleh pemain lawan sehingga cedera dan ada layangan kad kuning atau merah, pemain tersebut berhak mendapat rawatan dalam padang.

Mereka tidak perlu meninggalkan padang walaupun pasukan lawan mahukan permainan dimulakan cepat kerana kesuntukan masa.

Ia adalah tidak adil untuk melihat pasukan yang pemain mereka cedera teruk terpaksa bermain 10 orang.

Jadi, mana-mana pihak selain pengadil (atas penilaiannya) tidak boleh memaksa, mendesak atau mengarahkan pemain yang cedera ini dirawat di luar.

5. Pertukaran kasut bola atau kelengkapan lain

football-boots-change-boots_3751423

Selepas ini pemain yang mahu menukar kasut bola atau kelengkapan lain hanya perlu mendapat kebenaran pengadil perlawanan ke-4, bukannya pengadil pertama seperti sebelum ini.

Hanya but dan mana-mana kelengkapan yang sudah diperiksa akan dibenarkan oleh pengadil ke-4 sahaja boleh digunakan.

Bagaimanapun, pemain masih perlu masuk padang atas kebenaran pengadil pertama seperti biasa.

6. Mengambil penalti dengan larian berhenti mengejut pada langkah terakhir tidak dibenarkan

Menggunakan helah larian berhenti mengejut pada langkah terakhir (stutter run) ketika mengambil penalti adalah dilarang selepas ini.

ssa

Namun begitu, pemain masih boleh menggunakan larian yang mengelirukan untuk mengambil penalti – asalkan tidak berhenti mengejut pada langkah terakhir.

Pemain yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan kad kuning. Kemudian sepakan percuma tak langsung (indirect free kick) akan diberikan kepada pasukan lawan.

7. Gangguan daripada pemain simpanan atau pegawai pasukan akan dihukum

Selepas ini, bukan sahaja pengurus yang tertakluk kepada hukuman, malah staf staf dan pemain simpanan juga boleh diarahkan meninggalkan kawasan teknikal.

Mikel-on-chelsea-bench

Sebelum ini, gangguan seperti ini hanya akan membuatkan perlawanan tergendala sebentar dan pengadil biasanya akan mengarahkan drop kick diambil untuk memulakan semula perlawanan.

Tiada tindakan yang benar-benar tegas diambil ke atas pesalah.

Selepas ini, peraturan baru akan membolehkan pengadil memberikan sepakan percuma. Bahkan sepakan penalti juga.

8. Warna pakaian dalam mesti sedondon dengan warna jersi dan seluar

Selepas ini pemain wajib memakai baju dalam (inner shirt) yang sedondon dengan warna jersi.

Begitu juga dengan thigh shorts. Warnanya mesti sedondon dengan warna seluar seperti Hector Bellerin dalam gambar di bawah.

gettyimages-513901686-hector-bellerin-erik-lamela-tottenham-arsenal_3751431

9. Peraturan ofsaid lebih konsisten

Peraturan ofsaid ini tidak ada bezanya sangat berbanding sebelum ini. Ia cuma dikonsistenkan kerana ada percanggahan dalam buku peraturan FIFA sebelum ini.

Namun FLA mahu memberikan penekanan kepada peraturan offside yang melibatkan pemain di garisan tengah padang (halfway line.

Kepada sesiapa yang belum faham, pemain boleh berada di kawasan padang pasukan lawan tanpa dipanggil ofsaid sekiranya semua pemain lawan berada di kawasan padang pasukannya.

Selagi lagi pemain tidak melepasi garisan tengah di kawasan sendiri, mereka masih kekal onside.

Selain itu, sebelum ini ada pengadil sudah memanggil ofsaid walaupun hanya tangan dan lengan pemain yang ofsaid.

Selepas ini, seluruh badan pemain perlu berada dalam ofsaid untuk pengadil memanggilnya ofsaid.

za

Seterusnya, semua sepakan percuma untuk ofsaid perlu diambil di posisi mula kesalahan ofsaid berlaku.

Bukannya di posisi terakhir pemain ofsaid berada atau di posisi pemain yang membuat hantaran ofsaid (seperti yang kami tulis dalam artikel ini sebelum ini sebelum diperbetulkan oleh pakar badan kepengadilan bola sepak Malaysia, En. Amir Sharifudin Wong).

10. Kesalahan memegang bola lebih ketat

Selepas ini, kesalahan memegang bola akan menjadi kesalahan mandatori kad kuning jika ia dilakukan untuk menghalang kelancaran gerakan lawan.

laurent-koscielny-arsenal-fa-cup_3407998

Sebelum ini, ia kesalahan yang bukan mandatori kad kuning.

11. Peraturan memulakan semula perlawanan diperketat

Selepas ini, setiap kali perlawanan dimulakan semula dengan sepakan percuma, sepakan sudut dan sebagainya, bola mestilah digerakkan dengan jelas.

Maknanya, pemain A tidak boleh menyentuh bola sedikit sahaja dengan kaki supaya pemain B boleh terus menggelecek dalam keadaan pasukan lawan yang tak tahu sama ada bola itu sudah disentuh atau tidak.

corner-kick-short-corner-sunderland_3751437

12. Kelakuan pemain biadap bakal dihukum

Ini kami pernah jelaskan dalam artikel kami sebelum ini.

Pemain yang berkelakuan tidak sopan secara perilaku dan pertuturan akan dikenakan kad kuning atau kad merah.

12 peraturan baru di atas sudah pasti akan memberikan lebih drama kepada perlawanan selepas ini. Untuk peraturan penuh IFAB yang terkini, anda boleh klik di sini:

Laws Of The Game 2016/17 IFAB.

Baca juga: 10 Perubahan Buku Peraturan FIFA Yang Perlu Anda Tahu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN