Rekod Tanpa Kalah Arsenal Pada Musim 2003/04 Lebih Berjaya Berbanding Kejayaan Manchester CIty

Arsenal

Dalam debat akhir musim, Paul Merson, Geoff Shreeves dan Craig Bellamy telah berhujah sama ada kemenangan Man City pada 2017/18 berjaya mengalahkan Arsenal ‘the Invincibles’ yang dilakar pada tahun 2003/04.

Paul Merson adalah bekas pemain Arsenal dengan 327 penampilan dan 78 gol untuk The Gunners yang kini mengacara bersama John Fenners Fendly dalam program Sky Sport TV.

Geoff Shreevers pula adalah wartawan untuk saluran sukan Sky Sport, Fox Sport dan BT Sport manakala sepert diketahui Craig Bellamy pernah beraksi untuk Newcastle  United, Liverpool dan Manchester City.

Beliau menamatkan karier sebagai pemain profesional bersama kelab Cardiff City dengan jumlah penampilan 455 dan 135 jaringan gol dan kini merupakan panel jemputan bagi program di Sky Sport.

Kisah persembahan epik Henry & co

Kisah epik The Gunners menyempurnakan kempen 38 perlawanan tanpa kalah tidak pernah berlaku di mana-mana pasukan yang bertanding sehingga hari ini.

Perkara ini juga menjadi persoalan di antara perdebatan antara panel dan bagi Merson beranggapan musim epik The Gunner adalah lebih berjaya.

24 Feb 1997: Paul Merson (left) of Arsenal challenged by Robbie Earle of Wimbledon during the FA Carling Premiership game at Highbury. The game ended 1 – 0 to Wimbledon. Mandatory Credit: Ben Radford /Allsport

“Ia sukar kerana kedua-dua pasukan adalah fenomenal,” katanya.

“Jika anda melihat kedua-dua pasukan dan anda cuba membuat pertimbangan, anda mungkin akan mengambil separuh daripada pasukan Arsenal dan separuh daripada pasukan Man City, tidak semuanya akan mendapat 11 tempat dalam 1 pasukan.

Merson menambah: ‘‘pastinya saya akan memilih sejarah Arsenal dengan satu musim tanpa kalah.Saya hanya akan memilih Arsenal. Untuk mengharungi musim tanpa kalah, anda perlu kekal konsisten dan fokus dalam perlawanan tertentu untuk memastikan anda tidak ditewaskan.”

Bellamy yang menjaringkan 12 gol Liga Perdana untuk Manchester City antara 2009 dan 2011 turut bersetuju dengan Merson.

Ia mengingatkan tentang pertembungan Newcastle dan anak buah Arsene Wenger ketika musim ‘Invincibles’ mereka.

LONDON – JANUARY 9: Yeading goalkeeper, Delroy Preddie, blocks a shot by Craig Bellamy of Newcastle during the FA Cup Third Round match between Yeading and Newcastle United at Loftus Road on January 9, 2005 in London, England. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

“Saya cukup bernasib baik kerana bermain menentang pasukan Arsenal di St James ‘Park yang masih tidak kalah. Sudah tentu, kami semua mahu tiga mata dan kami mahu menjadi kelab yang pertama mengalahkan mereka.

“Untuk 10 minit pertama kami adalah pasukan yang lebih baik, tetapi untuk 80 minit seterusnya ternyata mereka adalah pasukan yang lebih baik daripada kami.”

Beliau menambah: ” Manchester City adalah pasukan yang saya gemar tonton di Liga Perdana.  Corak permainan yang sangat tinggi dan bagus.”

“Tetapi saya percaya jika Pep Guardiola memiliki skuad Arsenal ketika itu, mereka tidak hanya mencatatkan rekod tanpa kalah bahkan mereka akan memecahkan setiap rekod dengan pemain yang mereka miliki.”

Rekod mata tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah EPL

Musim ini juga menyaksikan anak buah Pep Guardiola memastikan mereka berjaya memecah rekod 100 mata dengan mengalahkan Southampton hasil jaringan Gabriel Jesus pada lewat permainan.

Manchester City mencipta sejarah dengan menjadi pasukan pertama untuk mencapai 100 mata dengan memenangi 32 perlawanan.

Rumusan

Ternyata banyak pendapat tentang skuad tanpa kalah Arsenal musim 2003-04 adalah pasukan terbaik dan rekod terbaik yang pernah dimiliki dalam sejarah pasukan di EPL.

Kejayaan City menjuarai liga dengan rekod 100 mata dibayangi perbandingan rekod tanpa kalah yang dicipta oleh anak buah Arsene Wenger.

Dengan karakter dan karisma yang ada pada anak buah Arsene Wenger ini akan dikenang sehingga rekod tersebut akan dipecahkan.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Emier Haykal. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN