Thibaut Courtois Mahu Pengurusan Chelsea Lebih Serius Bawa Masuk Pemain Bintang Ke Stamford Bridge

Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois meminta pihak pengurusan kelab berusaha keras untuk kembali merebut kejuaraan Premier League musim hadapan dengan membawa masuk beberapa pemain bintang pada jendela perpindahan yang akan datang.

Courtois meminta agar pengurusan Chelsea lebih serius untuk menghadapi musim hadapan dengan membawa masuk beberapa bintang baru seperti yang dilakukan pasukan lain di Premier League.

“Saya mencintai kelab ini, tetapi kita perlu melihat bagaimana kelab ini berusaha untuk maju ke hadapan.”

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Thibaut Courtois of Chelsea poses with the Emirates FA Cup trophy following his side’s victory during The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Kita ingin memenangi piala (domestik), tetapi dalam masa yang sama, kita juga ingin bermain untuk meraih gelaran juara Premier League.”

“Kita perlu melihat bagaimana kelab seperti Manchester City dan United belanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain bintang. Jika Chelsea ingin berjaya musim hadapan, kita perlu melakukanya seperti itu.” 

Turut mengulas mengenai masa depannya di Stamford Bridge, Courtois berkata:

“Saya masih memiliki kontrak berbaki setahun lagi. Sama ada saya akan kekal bersama Chelsea musim hadapan atau tidak semuanya akan diketahui mungkin selepas berakhir Piala Dunia.”

Courtois merupakan pemain Chelsea yang sering dikaitkan mengenai isu perpindahannya sejak beberapa musim sebelum ini.

Beberapa kenyataan dari Courtois sebelum ini telah memberi isyarat dan tanggapan awal bahawa beliau bakal kembali ke Sepanyol.

Real Madrid berhasrat untuk mendapatkan khidmat Courtois. Namun, beliau memutuskan untuk melanjutkan kontrak bersama Chelsea sehingga Jun 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN