Rekod Virgil Van Dijk yang tidak pernah tewas bersama Liverpool di Anfield sejak menyertai kelab tersebut akhirnya dipecahkan juga pagi tadi, selepas mereka ditumbangkan oleh Leeds United.
Crysencio Summerville menjadi tampil selaku wira buat Leeds United, setelah jaringan beliau pada minit akhir perlawanan telah mengejutkan para penyokong The Reds di Anfield.
🙌 MASSIVE WIN! pic.twitter.com/D0D2glmvBp
— Leeds United (@LUFC) October 29, 2022
Kekalahan 1-2 di tangan pasukan yang berada di zon penyingkiran saingan English Premier League (EPL) tersebut, menjadikan skuad kendalian Jurgen Klopp terus terus derita tanpa mata dalam dia perlawanan berturut-turut.
Manakala Leeds pula berjaya menaikkan kembali moral mereka selepas tampil dengan tekanan yang agak tinggi terutama buat pengurus mereka, Jesse March.
Lapan perlawanan tanpa kemenangan sebelum itu berjaya diatasi dengan cerita yang sempurna buat mereka, terutama sekali meraih tiga mata penuh di gelanggang lawan.
Pada perlawanan tersebut, Leeds tampil dengan memberi tekanan tinggi buat pertahanan Liverpool untuk mencari gol awal permainan.
Liverpool pula dilihat masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan rentak permainan pelawat dan tidak sempat untuk membuat apa-apa, setelah Rodrigo terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-4.
🎶🎶 Ohhh Ohhh Ohhh Ohhh Ohhh Rodrigo Moreno! 🎶🎶 pic.twitter.com/pajkRd6ntl
— Leeds United (@LUFC) October 29, 2022
Gol tersebut berlaku, setelah pertahanan Liverpool iaitu Joe Gomez sekali lagi membuat kesilapan tidak sepatutnya dan memberi ruang buat penyerang Sepanyol itu menghukum kealpaan tersebut.
Namun, Liverpool kembali menghidupkan aksi sengit tersebut menerusi pemain serangan berbisa mereka iaitu Mohamed Salah untuk kembali menyamakan kedudukan semasa.
Ketika mereka gemar untuk berada lebih tinggi bagi mencari gol pendahuluan, perkara yang mereka lupa adalah untuk lebih peka ketika menerima serangan balas lawan.
Hasilnya, Summerville berjaya menghukum kelemahan tuan rumah pada minit ke-89 untuk mencatat gol kemenangan dan sekali gus menjadikan ia sebagai kejayaan sulung Leeds meraih tiga mata di gelanggang lawan pada musim ini.
Kemenangan tersebut berjaya meletakkan Leeds untuk berada di tangga ke-15 carta liga hasil tiga kemenangan daripada 12 perlawanan dilalui untuk mengutip 12 mata keseluruhan.
Sementara Liverpool pula kini berada di tangga kesembilan liga dengan mencatat empat kemenangan setakat ini bagi mengumpul 16 mata hasil 12 perlawanan telah mereka lalui.
Dua kekalahan berturut-turut di tangan pasukan yang tidak begitu kuat serta bukan pilihan jelas membuatkan para penyokong Anfield kini agak marah menerusi laporan Sport Bible.
For the first time in his @LFC career, Virgil van Dijk was on the losing side in a #PL home match#LIVLEE pic.twitter.com/eejy6mxxhy
— Premier League (@premierleague) October 29, 2022
“Forest dan Leeds, dua pasukan agak lemah dalam saingan EPL dan kedua mereka bermain dengan rentak permainan berbeza untuk menidakkan Liverpool. Anda perlu ketawa. Ianya jelas seperti badut,” jelas kenyataan tersebut.