Nasib dan masa depan Frank Lampard ibarat telur di hujung tanduk selepas Chelsea tewas 2-0 kepada Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi.
11 mata dari 11 perlawaan terakhir yang menjanjikan 33 mata pasti bukan pulangan yang diharapkan jika pelaburan melangkaui £200 juta pada jendela perpindahan musim panas lalu diambil kira.
Lampard menyalahkan sikap barisan pemainnya, tatkala kebanyakkan yang lain menyalahkan taktik beliau. Buat masa ini tiada siapa yang tahu pendirian pemilik kelab, Roman Abramovich atau pengurusan tertinggi Chelsea.
Berikut adalah rekod dan data setiap jurulatih yang pernah melatih The Blues, sebelum menjadi mangsa pemecatan kerana kegagalan masing-masing sejak era Roman Abramovich.
Andre Villas-Boas: Jun 2011 – Mac 2012
Menang 19; seri 11; kalah 10
Purata kemenangan 47.5; Purata mata setiap perlawanan 1.75
Digelar sepakai Jose Mourinho versi replila kerana turut didatangkan dari Porto selepas musim yang berjaya. Namun ia tidak berjalan seperti yang diharapkan buat Villas-Boas di Chelsea.
Andre Villas-Boas reveals 'astonishing' lack of support he received at Chelsea before being sacked https://t.co/ZewKwGzO54 pic.twitter.com/6ukTZhrHTi
— Mail Sport (@MailSport) January 4, 2018
Misi utamanya ketika tiba di Stamford Bridge ialah untuk memberi nafas baru ke dalam skuad yang mulai dipenuhi kuda tua. Tetapi tindakan beliau merehatkan pemain senior memakan diri dan menyebabkan beliau dipecat apabila gagal mengawal bilik persalinan.
Villas-Boas digantikan dengan Roberto Di Matteo dan jurulatih dari Itali itu berjaya membangkitkan Chelsea dari musim yang sukar untuk bergelar juara Champions League dan Piala FA.
Frank Lampard: Jul 2019 sehingga kini
Menang 43; seri 15; kalah 25
Purata kemenangan 51.3; Purata mata setiap perlawanan 1.73
Disanjung oleh ramai pada musim lalu kerana berani menampilkan pemain muda dan corak bola sepak menyerang, tetapi skuad kendalian Lampard turun satu anak tangga berbanding musim sebelumnya di kedudukan keempat pada akhir musim.
Lampard questions Chelsea players’ desire after Leicester defeat https://t.co/rxAWBV1k8T pic.twitter.com/7621hqPJk8
— World Soccer Talk (@worldsoccertalk) January 19, 2021
Malah jumlah mata keseluruhan juga adalah lebih rendah berbanding yang dikumpulkan oleh Maurizio Sarri pada musim sebelumnya.
Prestasi semasa Chelsea pula tidak setimpal dengan pelaburan £220 juta yang dibelanjakan pada musim panas lalu. Nasib dan masa depan bekas pemain tengah itu kini ibarat telur di hujung tanduk.
Claudio Ranieri: Sep 2000 – May 2004
Menang 107; seri 46; kalah 46
Purata kemenangan 53.8; Purata mata setiap perlawanan 1.84
Pada musim pertama Abramovich memiliki Chelsea pada musim 2003 dan mulai berbelanja, Ranieri yang digelar The Tinkerman cemerlang dengan peratus kemenangan 61%, dan purata mata 2.03 setiap perlawanan.
👀🔄 Claudio Ranieri signed Slavisa Jokanovic as his first signing for Chelsea, who he then replaced at Fulham earlier this season…
Ranieri's final signing at Chelsea, Scott Parker is now replacing Claudio Ranieri as Fulham manager!#FFC #CFC pic.twitter.com/TDji8i10Zo
— The Sportsman (@TheSportsman) February 28, 2019
Statistik itu meletakkan Ranieri sebaris pencapaian Carlo Ancelotti. Tetapi beliau tetap dipecat, dengan Chelsea menamatkan musim di kedudukan kedua dan menewaskan Arsenal untuk mara ke separuh akhir Champions League. Abramovich selepas itu memilih Mourinho.
Guus Hiddink: Feb – May 2009; Dec 2015 – May 2016
Kali pertama: Menang 16; seri 5; kalah 1
Purata kemenangan 72.7; purata mata setiap perlawanan 2.41
Kali kedua: Menang 10; seri 11; kalah 6
Peratus kemenangan 37.0; purata mata setiap perlawanan 1.52
peratus menang keseluruhan 53.1, mata setiap perlawanan 1.92
Trofi diraih: Piala FA – 2008-09
16/02 – On this day in 2009, Guus Hiddink became interim Chelsea manager – he would go on to win the FA Cup with the Blues, becoming just the second Dutch manager to win the trophy after Ruud Gullit. Courage. pic.twitter.com/NNqwboOYjp
— OptaJoe (@OptaJoe) February 16, 2020
Hiddink pernah bergelar pengendali Chelsea sebanyak dua kali. Statistik pengendali Belanda ini adalah yang terbaik pada kali pertama mengendalikan Chelsea.
Namun demikian statistik tersebut menjadi yang paling teruk ketika kepulangan kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua.
Roberto Di Matteo: Mar – Nov 2012
Menang 24; seri 9; kalah 9
Peratus kemenangan 57.1; Mata setiap perlawanan 1.93
Trofi diraih: Champions League – 2011-12; Piala FA – 2011-12
Di Matteo menjuarai Champions League dengan pemain seperti Ryan Bertrand dan Saloman Kalaou di bahagian sayap, dan Jose Bosingwa di bek kanan. Beliau juga berjaya memastikan Chelsea menjuarai Piala FA pada musim yang sama.
Roberto Di Matteo won the FA Cup and Champions League as caretaker manager of Chelsea.
Is he the greatest caretaker manager of all time? 🤔
— Squawka (@Squawka) January 12, 2021
Kononnya pemain senior seperti Frank Lampard yang mengatur latihan dan memilih taktik pasukan. Jika benar, maka ia adalah musim terhebat Frank Lampard sebagai pengurus Chelsea.
Rafael Benitez: Nov 2012 – May 2013
Menang 28; seri 10; kalah 10
Peratus kemenangan 58.3; mata setiap perlawanan 1.96
Trofi diraih: Europa League – 2012-13
Pada permulaan, pelbagai gelaran negatif diberikan penyokong Chelsea kepada Rafael Benitez. Besar kemungkinan disebabkan sejarah Benitez bersama Liverpool.
John Terry admits he 'didn't get on' with Rafa Benitez at Chelseahttps://t.co/R2VMcQfy2x pic.twitter.com/sQPOYNCsYl
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 24, 2020
Banner-banner di Stamford Bridgetertulis ‘The Interim One’ dan ‘Not wanted. Never wanted. Rafa out’ akhirnya bertukar menjadi ‘We forgive you, Rafa’ selepas Benitez memimpin Chelsea menjuarai Europa League dan mengakhiri musim Premer League di kedudukan ketiga.
Hakikatnya di mata Abramovich, Benitez memang bukan pengurus jangka masa panjang.
Luiz Felipe Scolari: Jul 2008 – Feb 2009
Menang 20; seri 11; kalah 5
Peratus kemenangan 55.6; mata setiap perlawanan 1.97
Scolari dipecat ketika Chelsea ketinggalan 7 mata dari kedudukan teratas, ia adalah salah satu keputusan pemecatan paling kejam oleh pengurusan dan hierarki The Blues.
Luiz Felipe Scolari says Nicolas Anelka got him the sack at Chelsea by refusing to play on the wing https://t.co/0mYNKawCSC pic.twitter.com/vx25nfI4Hq
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 21, 2017
Tetapi kejayaan Guus Hiddink (kali pertama bersama Chelsea) selepas itu benar-benar membuktikan Scolari bukan calon yang sesuai untuk membawa Chelsea memburu kegemilangan yang mereka cari.
Carlo Ancelotti: Jul 2009 – May 2011
Menang 67; seri 20; kalah 22
Peratus kemenangan 61.5; mata setiap perlawanan 2.03
Trofi diraih: Premier League – 2009-10; Piala FA – 2009-10
Mengecewakan Manchester United untuk kejuaraan pada hari terakhir saingan dengan membelasah Wigan 8-0, Ancelotti dengan bergaya kemudiannya meraih kejuaraan Piala FA untuk kejuaraan berganda domestik pertama mereka.
Happy Birthday to Carlo Ancelotti who turns 61 today!
Here's a quick look at his time as the Chelsea boss:
Games: 76
Wins: 48
Draws: 13
Defeats: 15
Points Gained: 157/228
Goals Scored: 172
Goals Conceded: 65
Goal Difference: +107Premier League 🏆
FA CUP 🏆Thank you Carlo 👊 pic.twitter.com/g0EMw4Mske
— Nouman (@nomifooty) June 10, 2020
Musim berikutnya Chelsea sekadar mengakhiri musim di kedudukan kedua, yang mana ia bukan pengakhiran yang cukup bagus.
Maurizio Sarri: Jul 2018 – Jun 2019
Menang 39; seri 13; kalah 11
Peratus kemenangan 61.9; mata setiap perlawanan 2.06
Trofi diraih: Europa League – 2018-19
Kekadang sukar juga untuk menilai apa Chelsea mahukan. Baiklah. Falsafah bola sepak Sarri-ball mungkin tidak selancar dan berbisa seperti yang diharapkan, namun ia berjaya memberi trofi Europa League kepada Chelsea dalam tempoh hanya semusim.
Maurizio Sarri didn't get along with everyone at Chelsea 😠
But he says many of his players cried when he left for Juventus 😭 pic.twitter.com/StgyGAz5Ud
— GOAL (@goal) April 18, 2020
Jika ada jurulatih yang patut diberikan lebih banyak masa oleh Chelsea, maka Sarri adalah jawapannya. Menukar falsafah dan pada masa yang sama ibarat mahukan kejuaraan Premier League pada musim yang sama seperti tidak berapa masuk akal.
Antonio Conte: Jul 2016 – Jul 2018
Menang 69; seri 17; kalah 20
Peratus menang 65.1; mata setiap perlawanan 2.11
Trofi diraih: Premier League – 2016-17; Piala FA – 2017-18
Selepas tewas secara berturut-turut kepada Liverpool dan kemudian kepada Arsenal, Conte memperkenalkan sistem 3-4-3 yang memberikan 13 kemenangan berturut-turut kepada The Blues.
https://twitter.com/Blues4W/status/1349530650639011845
Sepanjang tempoh itu, Chelsea menjaringkan 32 gol, dan dibolosi hanya empat kali. Mereka juga muncul juara Premier League pada musim pertama Conte di Stamford Bridge. Ia adalah impak segera dari pengurus Itali itu.
Namun bermula dari SMS kepada Diego Costa untuk memaklumkan pemain itu tiada dalam perancangan, segalanya mulai tidak kena untuk Conte dan Chelsea. Musim berikutnya Chelsea menamatkan saingan di kedudukan kelima. Walaupun menjuarai Piala FA, ia tidak cukup untuk menyelamatkan jawatannya.
Jose Mourinho: Jun 2004 – Sep 2007; Jun 2013 – Dec 2015
Kali pertama: Menang 124; seri 40; kalah 21
Peratus kemenangan 67.0; mata diraih setiap perlawanan 2.23
Kali kedua: Menang 80; seri 29; kalah 27
Peratus kemenangan 58.8; mata diraih setiap perlawanan 1.98
Peratus menang 63.6; mata diraih setiap perlawanan 2.12
Trofi diraih: Premier League – 2004-05, 2005-06, 2014-15; Piala FA – 2006-07; Piala Liga – 2004-05, 2006-07, 2014-15
Remembering José Mourinho’s first season in charge of Chelsea FC.
🏆 Premier League winners
• 29 wins
• 8 draws
• 1 loss
• 15 goals conceded in 38 games.🏆 League Cup winners pic.twitter.com/RUoSUraEkP
— Próxima Jornada (@ProximaJornada1) January 16, 2021
Tanpa mengira bagaimana penyokong The Blues menilai Jose Mourinho pada hari ini, tidak ada siapa boleh menafikan beliau adalah jurulatih terbaik pernah membimbing Chelsea.
Jumlah trofi yang dimenangi sudah cukup menjadi bukti. Namun ‘The Special One’ pun adakalanya bukan lagi menjadi istimewa di mata pemain apabila beliau dua kali gagal mengawal bilik persalinan yang menjadi punca pemecatan.
Avram Grant: Sep 2007 – May 2008
Menang 36; seri 13; kalah 5
Peratus kemenangan 66.7; mata diraih setiap perlawanan 2.24
Akhir sekali ialah Avran Grant. Sering kali dilihat sebagai watak yang dipandang ringan dan dijadikan bahan jenaka. Ia mungkin kerana peranan beliau sebelum itu dari kalangan lembaga pengarah – mereka yang bertugas di belakang tabir.
Chelsea owner Roman Abramovich is reportedly considering a move to bring former manager Avram Grant to join Frank Lampard’s backroom staff.
Chelsea fans, would you like Avram Grant as part of Lampard's coaching staff? 🤔 pic.twitter.com/f3Ffim9QtQ
— NairaBET (@NairaBET) January 13, 2021
Turut dipersoalkan ialah tindakan beliau membeli pemain senegara, Tal Ben Haim yang dikatakan tidak mencapai tahap yang diperlukan Chelsea. Tidak kurang juga yang melabel beliau sebagai pengikut dan tali barut Abramovich.
Di sebalik segala buruk sangka itu, Avram Grant sangat hampir membawa Chelsea menjuarai Champions League pertama mereka sebelum ditewaskan oleh Manchester United di perlawanan akhir. Dan berdasarkan purata mata dikutip, Grant sepatutnya mampu membawa Chelsea muncul juara dan menidakkan dominasi skuad kendalian Sir Alex Ferguson di Premier League jika bergelar pengendali dari awal musim.
Penutup
Jika rekod di atas dijadikan perbandingan, maka rekod oleh Frank Lampard boleh dikategorikan antara yang terburuk dari kalangan pengurus lain yang pernah mengendalikan Chelsea di era Roman Abramovic.
Mampukah Lampard menyelamatkan dirinya? Sampai bila beliau akan bertahan? Adakah Chelsea akan terus mempertahankan legenda kesayangan mereka itu? Sampai bila?
Baca artikel lain mengenai Chelsea:
Tahukah Anda? Lionel Messi Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2004
Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?