Rejuvenasi N’Golo ‘The Rat’ Kante : Dari Pemungut Sampah Ke Penakluk Dunia

“Manusia Yang Belum Pernah Mengalami Penderitaan, Tidak Akan Pernah Mengalami Kebahagiaan.”
Khalil Gibran

Tanggal 29 Mac 1991, di pinggiran kota Paris terlahirlah seorang bayi lelaki bernama N’Golo Kante.

Ibu bapanya bermigrasi dari Mali (Barat Afrika) pada tahun 1980 demi merubah hidup kearah yang lebih selesa di eropah. Mereka berhempas pulas apa adanya untuk kelangsungan hidup.

Kante merupakan anak pertama mereka dari empat beradik. Kehidupan mereka serba kekurangan dari kelebihan.

Kante membesar di perjiranan rumah pangsa di Rueil Malmaison – sebuah pekan kecil tidak jauh dari kota Paris.

Sebuah pekan yang majoritinya dihuni oleh para buruh kasar. Ketika kecil, Kante membantu keluarganya dengan menjadi pemungut sampah.

Setiap hari beliau akan berjalan sehingga berkilometer jaraknya untuk mengutip dan mengumpul bahan buangan kitar semula – seterusnya dijual untuk mendapat sedikit wang.

Disulami kepanasan dan kesejukan, kehidupan diteruskan dari hari demi hari.

“Kalau Hidup Sekadar Hidup, Kera Di Rimba Juga Hidup. Kalau Kerja Hanya Sekadar Kerja, Kerbau Di Sawah Juga Bekerja.”
– Buya Hamka

Di sebalik kepayahan, Kante sedar jika beliau berterusan menjadi pemungut sampah,keluarga beliau tidak akan keluar dari belenggu kemiskinan.

Beliau bertekad dan memasang impian setinggi awan. Kejayaan pasukan Perancis menjuarai Piala Dunia pada tahun 1998 menjadi pencetus mula kepada jiwa laranya.

Sitting beside Desailly was Robert Pires, his friend and teammate in that World Cup-winning side.

Ketika itu pasukan Perancis dibarisi bintang dari keluarga ‘pendatang’ seperti Zinedine Zidane, Lilian Thuram, Thierry Henry,Patrick Viera dan Nicolas Anelka.

Semangat yang mula tersemat didada kian marak terbakar. Walaupun Kante yang pada ketika itu belum pernah menyaksikan perlawanan bolasepak secara langsung di stadium, beliau bertekad untuk merubah hidup melalui sukan nombor satu di dunia itu.

Semuanya bermula apabila beliau meyertai sebuah kelab kecil bernama JS Suresnes. Sedari pendaftaran lagi, Kante yang bertubuh kecil dan sangat pendiam begitu diragui kemahirannya bermain bolasepak.

Sehingga ke hari ini beliau masih berhubung dengan kelab dan jurulatih JS Suresness walaupun sudah berpendapatan jutaan semusim.

Namun semua itu terpadam apabila beliau berjaya mempamerkan permainan hebat ketika beraksi di tengah padang. Pasukan kecilnya mula memenangi trofi demi trofi setelah penyertaannya.

Disebalik tubuh kecil tetapi gagah itulah, beliau berterusan menjadi general kepada pasukannya. Beliau menghabiskan karier di kelab tersebut selama 4 tahun lamanya.

Pembangunan karier

Ketika berusia 20 tahun, bakat Kante mula melonjak lebih jauh apabila beliau terpilih menyertai pasukan FC Boulogne – sebuah pasukan yang bermain pada divisyen keenam di Perancis.

Bermula dari pasukan simpanan (ya, simpanan!), sedikit demi sedikit Kante membantu pasukan barunya naik sehingga ke divisyen ketiga. Keyakinan dirinya mula bertambah besar. Beliau yakin beliau boleh berjaya sebagai pemain profesional.

“Angan-angan Jadi Impian, Impian Jadi Cita-Cita.”
– Joe Flizzow

Setelah 2 tahun bekerja keras, akhirnya Kante mendapat debut pertamanya pada May 2012 di hari terakhir musim Ligue 2 menentang FC Monaco.

Walaupun dimasukkan pada 10 minit terakhir (mereka tewas 2-1), ianya menjadi detik pemula kepada kerjaya menakjubkan seorang pemain bolasepak bernama N’Golo Kante.

Pasukan Boulogne jatuh ke divisyen ketiga, namun pada musim seterusnya Kante mula terus diberi peluang ke pasukan utama dan bermain untuk 37 (dari 38) perlawanan.

Kehebatan beliau membuat terjahan dan kawalan bola yang baik mendapat perhatian Patrice Garande, pengurus pasukan FC Caen yang telah berjaya membawa beliau menyertai pasukannya untuk bertarung di Ligue 2.

Karisma dan kejaguhan Kante berjaya melonjakkan pasukan barunya menerobos ke Ligue 1. Dalam jangka masa 3 tahun sahaja, Kante yang bermula di divisyen keenam kini bermain di pentas tertinggi bolasepak Perancis!

Bakat bertaraf dunia

Keunikan bakat beliau seterusnya dihidu oleh Steve Walsh – pencari bakat bagi sebuah pasukan yang berpangkalan di England bernama Liecester City.

Walsh juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Jamie Vardy dan Riyad Mahrez ke pasukan The Foxes. Tanggal 3 Ogos 2015, Kante secara rasminya menyertai Leicester City dan kita tahu apa yang terjadi seterusnya.

Piala Dunia Russia 2018 menjadi kesinambungan kisah hebat N’golo Kante apabila berjaya membantu pasukan Perancis menjadi juara dunia sekali lagi selepas tempoh 20 tahun.

Begitulah kisah N’Golo ‘The Rat’ Kante – dari budak miskin pengutip sampah kini menjadi juara dunia.

France’s midfielder N’Golo Kante poses with the World Cup trophy during the trophy ceremony at the end of the Russia 2018 World Cup final football match between France and Croatia at the Luzhniki Stadium in Moscow on July 15, 2018. (Photo by FRANCK FIFE / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

“Berputus Asa Adalah Detiknya Kita Telah Mati, Sebelum Tercabutnya Nyawa.”
– Joe Lembing

Nota Editor: Artikel ini adalah hasil tulisan Jamil Racync Hasan. Ikuti facebook beliau untuk lebih banyak artikel menarik. Hantar artikel anda ke [email protected] untuk dibaca oleh peminat bola sepak di Malaysia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN