Fernando Torres Akui Iniesta Berikan Galakan Supaya Berhijrah Ke Jepun

Torres

Penyerang kelahiran Sepanyol, Fernando Torres yang kini merupakan pemain buat pasukan Sagan Tosu di Liga J1 mendedahkan punca beliau memilih haluan ke Asia.

Torres pernah menjadi fenomena ketika bersama Atletico Madrid dan Liverpool dikhabarkan turut mendapat banyak tawaran kelab dari Sepanyol, Jerman dan Perancis yang mahukan khidmatnya.

Menurut penyerang berusia 34 tahun itu, keputusan untuk berkelana ke negara matahari terbit tersebut adalah disebabkan galakan yang diberikan legenda Sepanyol, Andres Iniesta.

Iniesta juga kini di Jepun untuk beraksi bersama Vissel Kobe selepas meninggalkan Barcelona pada penghujung musim 2017/18.

”Kami bertemu sesama sendiri pada perlawanan terakhir musim ini. Saya telah bercakap dengan Iniesta yang berkemungkinan saya akan mengikut jejak langkahnya.”

”Dia memberitahu saya tentang idea itu (untuk ke Jepun). Kemudian segalanya menjadi kenyataan seperti diharapkan dan ia menjadi rasmi.”

“Dia juga menyedari akan pilihan saya dan menggalakkan saya untuk pergi ke sana. Rujukannya terhadap liga dan negara ini sangat serupa seperti yang saya berikan.”

Dalam pada itu, Torres turut mengharapkan agar dapat memujuk Iniesta untuk beraksi satu pasukan bersamanya.

“Kami mempunyai kehidupan yang seiringan yang mana kami memulakan kerjayaa bersama di skuad Sepanyol B-15.”

”Kami telah mencapai kejayaan terbesar dengan pasukan kebangsaan sebagai pemain utama dan sekarang kami menamatkan tahun yang sama di kelab kami untuk pergi ke liga yang sama.”

“Ia suatu yang menyeronokkan untuk bermain menentang Iniesta, tetapi kami boleh memberikan tempat buatnya di Sagan Tosu setiap kali dia mahu!”

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda