Rehat 3 Minggu

Arsenal mengesahkan bahawa penyerang mereka, Alexandre Lacazette mengalami kecederaan dan bakal berehat sepanjang September.

Alexandre Lacazette disahkan mengalami kecederaan di bahagian buku lali. Pemain itu dijangka akan kembali semula beraksi, paling awal, pada Oktober akan datang.

Arsenal menerusi siaran rasmi media mereka menyatakan: “Alexandre Lacazette cedera di bahagian buku lali sebelah kiri. Perkara itu disahkan selepas diagnosis penilaian oleh pakar perubatan.”

“Kelab dinasihatkan [oleh pegawai perubatan] agar Alex [Lacazette] diberikan rehat dan menguatkan kembali bahagian buku lali beliau untuk mendapatkan semula kecerdasan penuh.”

“Alex telah bermain beberapa perlawanan dengan kecederaan. Beliau dijangka akan kembali beraksi pada Oktober.”

Walaupun masih gagal menjadi pemain kesebelasan utama pilihan Unai Emery, Lacazette tetap berjaya menjaringkan dua gol daripada tiga aksi beliau musim ini.

Dalam perkembangan yang lain, Arsenal dilaporkan sedang berusaha untuk membincangkan kontrak baru dengan Lacazette.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN