Mourinho: Sanchez Sentiasa Tidak Gembira

Jose Mourinho akhirnya membuka mulut beliau tentang Alexis Sanchez. Pemain yang beliau mahukan dan akhirnya dapat ketika di Manchester United.

Sanchez menyertai Manchester United dari Arsenal pada Januari 2018. Dan dianggap salah satu perpindahan terburuk yang dibuat dalam bola sepak Inggeris dengan mengambil kira gaji beliau yang sangat tinggi.

Sanchez gagal untuk menjadi pemain kesebelasan utama dalam skuad Manchester United. Lebih mengecewakan, pasukan yang ditolak oleh Alexis Sanchez, iaitu Manchester City terus mendominasi bandar Manchester.

Mourinho menegaskan, Alexis Sanchez merupakan pemain yang sentiasa tidak gembira. Beliau sudah lama menyedari akan perkara itu.

Namun Mourinho ketika itu yakin dapat membantu Sanchez untuk mendapatkan kegembiraan di atas padang. Tetapi malangnya, beliau gagal.

“Sanchez, beliau sentiasa seorang yang tidak gembira. Dan saya percaya, dalam apa jua pekerjaan kamu buat, apabila kamu tidak gembira, kamu akan sukar untuk mencapai sesuatu di semua peringkat.”

“Mungkin saya salah. Mungkin juga saya yang tidak mampu membantu dan mengeluarkan yang terbaik daripada beliau.”

“Sebagai pengurus, kamu kadangkala adan keupayaan untuk mengeluarkan yang terbaik daripada pemain-pemain kamu. Namun ada kalanya kamu tidak akan berjaya, walaupun menggunakan kaedah yang sama.”

Mourinho kemudiannya menyuarakan keyakinan bahawa Alexis Sanchez akan kembali mendapatkan ‘mood’ beliau ketika di Inter.

“Namun hakikatnya, saya dapat merasakan Sanchez merupakan orang yang sentiasa sedih. Mungkin di Itali beliau akan dapat merawat perkara itu. Saya harap beliau mampu, kerana saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pemain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN