Peminat bola sepak Sepanyol mungkin sudah mengetahui kisah kewujudan perlawanan Premiera Liga yang diadakan di luar negara mereka.
Tetapi, bagaimana jika perlawanan domestik mereka terpaksa diadakan di Afrika? Ini terpaksa dihadapi oleh skuad Real Madrid dalam kancah Copa del Rey.
Kisahnya…
Real Madrid diundi dalam saingan Copa Del Rey berhadapan Melilla. Melilla kini bersaing dalam Divisyen Tiga Sepanyol yang lebih dikenali sebagai Segunda Divison B.
Melilla akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama yang akan diadakan pada 31 Oktober ini. Tetapi, stadium mereka yakni Alvarez Claro hanya memuatkan 10 ribu penonton pada satu-satu masa.
Perlawanan kedua di Santiago Bernabeu pula akan diadakan pada 5 Disember.
Siapa Melilla?
Secara ringkas, mereka tidak pernah mara ke Premiera Liga. Namun begitu mereka pernah beraksi beberapa musim di Segunda Liga pada pertengahan 1960an.
Selepas turun ke divisyen tiga pada 1966, mereka tidak pernah naik ke divisyen lebih atas walaupun sekali.
Afrika?
Sebenarnya Melilla terletak di benua Afrika dan ditadbir oleh Sepanyol. Ia terletak hanya sebelah perbatasan Maghribi.
Luasnya hanya kira-kira 12.3 kilometer persegi dan berpopulasi hampir 79 ribu orang.
Melilla merupakan sebuah bandar pelabuhan Sepanyol yang dikenali di rantau Mediterranean. Asalnya kawasan ini ditadbir oleh wilayah autonomi Malaga (setaraf negeri di Malaysia) sebelum diberikan taraf autonomi oleh kerajaan Sepanyol.
Namun begitu, wilayah ini pernah menjadi topik perdebatan antara kerajaan Sepanyol dengan Maghribi. Tetapi, perdebatan dua negara berjiran ini tidaklah terlalu serius.
Melilla merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik. Sesuailah Gareth Bale dan rakan-rakan nak berjemur di tepi pantai atau bermain layang-layang.
Atau meluncur ombak.
Unik?
Nampaknya Sepanyol sudah menyertai Rusia dan Turki yang di mana pasukan bola sepak domestiknya berada di dua benua.
Rusia mempunyai kelab yang bermain di benua Eropah dan Asia. Begitu juga Turki.
Terpisah dua benua bukan?