Mourinho: “Saya Mahukan Hazard Di Manchester United, Tetapi Chelsea Dipimpin Orang Bijak”

Jose Mourinho mahukan Hazard di Manchester United, sekaligus menepis ada dendam di antara mereka berdua.

Sebelum ini Eden Hazard menyatakan yang beliau tidak ada masalah untuk bermain di bawah Jose Mourinho sekali lagi.

Kerana bagi Hazard, Mourinho pengurus yang hebat walaupun episod mereka tidak berakhir dengan indah sebelum ini di Chelsea.

Menjelang pertemuan dengan Chelsea dalam aksi EPL, Mourinho melabel Hazard sebagai pemain terbaik di EPL buat masa ini.

Mourinho juga menyatakan jika ada peluang mendapatkan Hazard, beliau sanggup untuk melakukannya dan mahu melihat Hazard di Manchester United.

Hazard menjadi pemain penting Jose Mourinho dalam kejuaraan EPL oleh Chelsea pada 2014/15. Namun selepas itu hubungan mereka dilaporkan retak.

Hazard kini menjadi pendahulu dalam senarai penjaring terbanyak EPL.

“Saya suka kalau dapat Eden Hazard di Manchester United. Namun saya tak rasa Chelsea akan jual Hazard ke Man. United.”

“Ini kerana Chelsea ditadbir oleh orang yang bijak dan berpengalaman dalam pengurusan bola sepak.”

“Sejarah menyatakan, apabila Eden Hazard menjadi pemain terbaik di EPL, Chelsea menjadi juara. Itu berlaku kepada saya dan juga Antonio (Conte).”

“Ya saya tahu musim ini masih terlalu awal, tetapi Chelsea berada di kedudukan sekarang ini kerana ada pemain terbaik dalam liga seperti ini yang mampu memberikan perbezaan.”

Mourinho juga memberitahu beliau masih menghormati penyokong di Stamford Bridge walaupun sebelum ini pernah disorak Judas oleh penyokong Chelsea.

“Bagi saya ini adalah perlawanan yang sama dengan perlawanan yang lain.”

“Adakah saya akan meraikan gol bagai nak gila jika pasukan saya menjaringkan gol ataupun menang di Stamford Bridge?”

“Saya tak rasa begitu. Saya akan cuba mengawal diri saya dan menghormati stadium dan penyokong yang pernah menjadi penyokong dan stadium saya untuk beberapa tahun sebelum ini.”

Mourinho juga memberitahu yang beliau akan cuba membantu pasukannya untuk menang dalam pertemuan hari ini.

“Saya mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan, pemain dan penyokong Manchester United.”

“Saya 100% Man. United pada esok (hari ini). Tiada benda lain lebih penting daripada rasa hormat kepada stadium dan para penyokong.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN