Marcelo Akui Real Madrid Rindu Kelibat Cristiano Ronaldo

Real Madrid

Bukan mudah buat sesebuah kelab untuk melupakan pemain yang pernah menjadi sandaran utama pasukan mereka.

Apatah lagi pemain tersebut merupakan nadi utama dalam memacu kejayaan demi kejayaan buat kelab mereka.

Keadaan itulah yang kini sedang dihadapi Real Madrid yang melepaskan bekas bintang sensasi, Cristiano Ronaldo ke Juventus sebaik sahaja saingan Piala Dunia 2018 tamat.

Perkara itu diakui sendiri oleh pemain pertahanan sayap dari Brazil, Marcelo.

Bercakap selepas perlawanan Real Madrid menewaskan Girona 4-1, Marcelo mengakui serta tidak menolak kenyataan bahawa Real Madrid merindukan kelibat pemain antarabangsa Portugal itu.

”(Cristiano) Ronaldo merupakan pemain yang terbaik di dunia.”

”Ia jelas bahawa anda merindui untuk beraksi bersamanya tetapi (Gareth) Bale dan (Karim) Benzema juga merupakan pemain yang bagus.”

Perkara itu turut disokong Karim Benzema yang menjaringkan dua gol ketika bertemu Girona.

”Anda tidak boleh sesekali melupakan Cristiano.”

”Dia merupakan pemain yang sangat penting buat Real Madrid dan telah menjaringkan banyak gol.”

”Seperti yang diperkatakan oleh Marcelo, dia (Cristiano Ronaldo) merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia tetapi kami perlu untuk mula memikirkan mengenai pasukan yang berbeza dengan pemain yang berbeza.”

Dalam pada itu, selepas mengharungi 180 minit perlawanan bersama kelab barunya, Ronaldo masih belum mampu untuk menjaringkan gol di Allianz Stadium.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN