Real Madrid telah menghubungi media-media utama di Sepanyol untuk tidak menggunakan sebarang gambar Cristiano Ronaldo dengan ada unsur-unsur (entiti) Real Madrid untuk berita yang berkaitan dengan kes perbicaraan cukai pemain tersebut.
Ini terutama sekali melibatkan gambar-gambar Ronaldo dengan jersi Real Madrid yang telah banyak digunakan dalam kandungan berita mereka.
Real Madrid kecewa dengan beberapa media yang berterusan menggunakan gambar Ronaldo dengan jersi Real Madrid dengan tajuk berita seperti ‘Penipuan’ (fraud).
Ia boleh menjejaskan imej Real Madrid dan memberikan impak kepada rakan-rakan penaja mereka. Real Madrid adalah sebuah pasukan yang memiliki jaringan dagangan dan juga rakan penaja yang sangat banyak.
Cristiano Ronaldo didakwa atas kesalahan penipuan cukai sekitar €15 juta. Cristiano Ronaldo dikatakan telah menyembunyikan duit cukai yang sepatutnya menjadi milik kerajaan Sepanyol.
Pihak Real Madrid bertegas tidak mahu nama Real Madrid dikaitkan dengan kes-kes kesalahan peribadi oleh mana-mana pihak dalam Real Madrid termasuk Cristiano Ronaldo.
Beberapa bulan yang lalu, pihak Cristiano Ronaldo menerusi ejen beliau, Gestifute membuat kenyataan media rasmi menafikan isu ini.
Mereka turut memuat naik beberapa dokumen yang berkaitan dengan dakwaan tersebut. Namun ia masih belum cukup untuk meyakinkan kerajaan Sepanyol untuk mendakwa beliau.
Gestifute berkeras yang Cristiano Ronaldo tidak bersalah atas 4 pertuduhan cuba menyembunyi hasil pendapatan menerusi hak imej (image rights) yang beliau dapat sepanjang tempoh di Sepanyol.
Sumber