65% Daripada Penduduk Sweden Tidak Bersetuju Untuk Zlatan Ibrahimovic Kembali Ke Skuad Kebangsaan

Satu ketika dahulu, Zlatan Ibrahimovic pernah berkata sesuatu yang memberi kesan kepada peminatnya setelah membawa Sweden melayakkan diri ke kejohanan Euro 2016.

“Terdapat cakap-cakap yang cuba membersarakan saya dari bola sepak antarabangsa. Saya akan membersarakan seluruh pelusuk negara tersebut.”

(Photo by Mikael Sjoberg/Ombrello/Getty Images)

Kenyataan tersebut tiba setelah kebanyakkan penyokong Denmark bersikap skeptikal akan kebolehannya. Sweden perlu menewaskan Denmark untuk mara ke kejohanan tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Ramai berpandangan kekalahan ke atas Denmark akan mengakhiri karier antarabangsa Ibrahimovic lebih awal. Namun sebaliknya yang berlaku.

Zlatan Ibrahimovic memadamkan terus peluang Denmark untuk berada dalam kejohanan tersebut. Dua golnya membantu Sweden seri dan layak secara terus ke Euro 2016.

Ironinya pengurus Denmark, Morten Olsen bersara selepas mengendalikan Denmark selama 15 tahun.

(Photo by Mikael Sjoberg/Ombrello/Getty Images)

Ibrahimovic turut bersara setelah tamat kejohanan pada 2016 itu. Di sebalik kehebatan lalu, sebaliknya yang berlaku kini.

Kaji selidik yang dilakukan oleh akhbar Aftonbladet menunjukkan 65% daripada sejumlah 100,000 koresponden yang mengambil bahagian tidak mahu Ibrahimovic kembali menyarung jersi Sweden.

Bagaimanapun bekas jurulatih beliau Lars Lagerback pula mempunyai pendapat yang berbeza.

“Jika Zlatan berada pada tahap prestasi sebelum beliau tercedera, maka Sweden akan lebih baik dengan Zlatan, ” ujar Lagerback dalam satu sidang media sebuah konferen.

“Zlatan adalah pemain yang unik. Jika anda mempunyai pemain seperti Zlatan, ia sentiasa adalah satu kelebihan untuk mana-mana pasukan,” ujar Lagerback lagi.

(Photo by Trond Tandberg/Getty Images)

Sweden menampilkan prestasi yang tidak memuaskan pada kejohanan Euro 2016 walaupun dengan kehadiran Zlatan Ibrahimovic.

Sweden mencatat keputusan seri menentang Republik Ireland pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan. Namun pasukan itu tewas dua kali dengan jaringan 1-0 masing-masing kepada Italy dan juga Belgium.

Untuk rekod, Ibrahimovic telah menjaringkan 62 gol melalui 116 penampilan.

(Photo credit should read JONATHAN NACKSTRAND/AFP/Getty Images)

Sebaliknya tanpa penjaring terbaik sepanjang zaman pasukan Blagult (biru dan kuning) itu, Sweden menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan.

Kini Sweden boleh berbangga mendahului Kumpulan A Pusingan Akhir Kelayakkkan Piala Dunia 2018 Zon Eropah.

Sweden telah beraksi sebanyak 6 kali, menang 4, seri sekali dan tewas hanya sekali mengumpul sejumlah 17 mata untuk mendahului pasukan lain termasuk Perancis dan juga Belanda.

Mampukah Sweden layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia tanpa Zlatan Ibrahimovic?

Mungkinkah penyokong Manchester United yang berdukacita akibat penyingkiran beliau dari skuad musim hadapan seharusnya bersukacita?

Sumber:

Luke Brown, INDEPENDENT (2017), Zlatan Ibrahimovi’c misery continues as Swedish fans turn their back on all-time record goalscorer;
http://www.independent.co.uk/sport/football/international/zlatan-ibrahimovic-international-return-sweden-fans-reject-a7787336.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN