Real Madrid Julang Piala Super Sepanyol

Perseteruan dua kelab Madrid di perlawanan akhir Piala Super Sepanyol edisi pertama yang diadakan di Arab Saudi berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Real Madrid menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 menewaskan Atletico Madrid.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas tamat 120 minit masa permainan termasuk masa tambahan.

Kapten Real, Sergio Ramos tenang mengambil sepakan keempat mengatasi Jan Oblak yang merebahkan badannya ke arah yg salah sekaligus menjadi gol kemenangan selepas Dani Carvajal, Rodrygo Goes dan Luka Modric menyelesaikan tugasan masing-masing.

Di pihak Atletico, sepakan penalti pertama yg diambil Saul Niguez menuju ke tiang gol sementara sepakan Thomas Partey pula diselamatkan Thibaut Courtois. Hanya Kieran Trippier yang berjaya menterjemahkan gol penalti untuk pasukan tersebut.

Lima minit sebelum tamat masa tambahan, pemain tengah Real, Federico Valverde diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua berikut insiden menjatuhkan Alvaro Morata yang sedang menuju ke arah gol. Namun skuad kendalian berjaya bertahan sehingga penghujung permainan.

The Galacticos memastikan penentuan penalti milik mereka bagi meraih kejuaraan Piala Super Sepanyol buat kali ke-11 dan merupakan trofi ke-10 Zidane bersama kelab berkenaan. Ianya adalah kejuaraan pertama jurulatih kelahiran Perancis itu sejak kembali melatih Real sejak 2018.

Kejayaan itu juga mengekalkan rekod kemenangan 100% Zidane di pentas perlawanan akhir di mana beliau telah menang semua sembilan perlawanan setiap kali mara ke peringkat akhir selaku pengurus Real.

Sejak 2013, kedua-dua pasukan telah lima kali membuat perhitungan di perlawanan akhir. Oblak dan Courtois cemerlang sepanjang 90 minit masa permainan sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Courtois cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan terutamanya sepakan Morata dari jarak dekat. Sementara Oblak pula membuat ‘double save’ percubaan Luka Modric dan Mariano Diaz pada masa tambahan.

Piala Super Sepanyol secara tradisinya menemukan pemenang La Liga dan juara Copa Del Rey sebelum formatnya diubah kepada empat pasukan dan pertandingan diadakan di Arab Saudi menerusi perjanjian selama tiga tahun yang dilaporkan bernilai €120 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN