Guardiola Anggap Aguero Legenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengatakan pemainnya iaitu Sergio Aguero adalah seorang legenda dan akan mati menjaringkan gol.

Memetik laporan BBC Sport, Aguero yang mencatatkan hatrik menentang Aston Villa di Villa Park semalam kini merupakan penyandang bersama bagi penjaring terbanyak bagi pemain luar di Premier League sepanjang zaman.

Beliau mengatasi rekod yang dipegang legenda Arsenal Thierry Henry dengan menjaringkan 177 gol – sama dengan Frank Lampard.

“Beliau adalah legenda. Adalah satu penghormatan untuk berada di sini menyaksikan beliau mencapai rekod tersebut.”

Sungguh pun begitu, Guardiola tetap berasakan pemain Barcelona iaitu Lionel Messi sebagai pemain terbaik di dunia dan Aguero adalah kedua terbaik.

“Yang terbaik ialah Lionel Messi. Messi adalah pemain nombor 9, 10, 11, 6 dan juga 4. Tapi yang selainnya adalah Aguero.”

Di laman Twitter, Aguero menzahirkan rasa gembira beliau selepas berjaya mencapai rekod tersebut dan meletakkan dirinya sebaris dengan legenda-legenda Premier League.

“Sangat-sangat gembira dengan kejayaan ini, dan ianya mula bergerak ke aras yang baharu – berdiri setanding dengan legend seperti Thierry Henry, Frank Lampard dan Alan Shearer.”

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang menjadikan ianya tidak mustahil. Rakan sepasukan, Manchester City seluruhnya, penyokong, Premier League, keluarga saya dan sesiapa sahaja yang menjadikan saya lebih baik setiap hari.”

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U