Semalam, Karim Benzema memuat naik gambar beliau dengan jersi retro klasik Real Madrid yang nampak sangat menarik. Ianya telah menjadi perhatian ramai peminat Real Madrid dan juga peminat bola sepak yang lain.
Gambar tersebut menandakan pelancaran secara rasmi jersi klasik tersebut kepada umum.
New @realmadrid icon jersey 🔥 @adidasfootball #HereToCreate #KBNueve pic.twitter.com/Z0D1r6lrrh
— Karim Benzema (@Benzema) March 1, 2018
Jersi tersebut dikeluarkan oleh Adidas pada kadar terhad dan hanya boleh didapati di kedai rasmi Real Madrid di Santiago sahaja.
Selepas anda melihat Toni Kroos yang disunting dengan jersi ini, anda pasti mahu membelinya, terutama sekali jika anda peminat Real Madrid ataupun pengumpul jersi bola sepak tegar.
Toni Kroos Lock-Screen Based off of limited edition classic shirt.#HalaMadrid #RealMadrid
Appreciate likes and retweets. pic.twitter.com/MA3gmIK8vZ— Jack Armstrong (@FFXGraphics) March 1, 2018
Rekaan Adidas ini adalah gabungan moden dan klasik. Mereka membuat rekaan kolar yang berbentuk vintaj dengan konsep moden pada logo dan juga rekaan di bahagian dada.
Warna putih adalah warna utama Real Madrid dengan sulaman warna biru diraja. Kemasan jersi yang sangat tajam dan menawan itu sememangnya sudah menjadi cap dagang oleh Adidas dalam pembuatan jersi mereka.
Berdasarkan sumber daripada FootyHeadlines, mereka menyatakan harga sehelai jersi ini adalah sekitar £100.00 ataupun sekitar RM391.50.
Sebelum ini, Juventus turut melancarkan jersi retro edisi terhad untuk dimiliki oleh peminat mereka.
Apa komen anda dengan jersi ini pada pandangan pertama. Berapa markah anda nak berikan daripada skala 10 untuk tercantik. Kongsikan dengan kami di ruangan komen.