Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Video: Seni Serangan Balas Liverpool Di Bawah Jurgen Klopp

Jika anda sedang mencari cara untuk melakukan serangan balas dengan corak ‘free flowing football’, anda mungkin harus menyaksikan paparan video ini.

Liverpool antara pasukan yang memiliki serangan terbaik di 5 liga utama Eropah musim ini. Gandingan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino di bahagian atas sangat baik.

Dalam video ringkas di bawah ini memaparkan beberapa kompilasi serangan balas Liverpool yang disempurnakan dengan gol.

Daripada kompilasi ini, kita dapati apa yang mereka lakukan adalah cara mereka transisi daripada bertahan kepada menyerang.

Momen mereka memiliki atau memenangi bola adalah momen di mana transisi serangan berlaku. Mereka tidak panik dan cuba mengalirkan bola dengan hantaran rendah dan sedaya upaya untuk membina serangan tanpa membazirkannya.

Kekuatan pada larian taktikal dan pertukaran posisi di antara pemain juga menjadi asas yang penting. Dan aspek kelajuan sudah pastinya elemen utama dalam serangan balas.

Salah

Sokongan daripada belakang (depth) dan sisi juga membolehkan mereka sentiasa ada opsyen apabila ditekan ataupun cuba mencipta ruang. Kerajinan setiap pemain untuk terlibat akan membentuk dinamik dalam gerakan.

Saksikan di sini, beberapa siri serangan balas Liverpool dengan cara Jurgen Klopp.

https://twitter.com/CheemaLFC/status/969273589433274368

Ini untuk versi yang lebih panjang:

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!