Real Madrid menuduh pengadil dan VAR sebagai punca kenapa mereka kalah kepada Real Sociedad. Pengurusan Real Madrid menyatakan kemarahan mereka ke atas pengadil dan pegawai VAR yang bertugas ketika perlawanan di antara Real Madrid dan Sociedad di Estadio Santiago Bernabeu pada Ahad lalu.
Sasaran mereka adalah pengadil Munuera Montoro yang disyaki ada agenda anti Real Madrid. Pengurusan Real Madrid mempertikaikan kenapa Vinicius Junior tidak mendapat sepakan penalti ? Vinicius Junior dijatuhkan oleh penjaga gol Real Sociedad – Geronimo Rulli. Namun tiada penalti diberikan dan pengadil enggan merujuk kepada VAR.
Akibat terlalu kecewa dengan perkara itu, Real Madrid menghantar aduan rasmi kepada La Liga. Real Madrid percaya perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku, apa gunanya ada VAR?
Real Madrid tewas mengejut 0-2 di dalam perlawanan itu. Willian Jose dan Pardo menjaringkan gol untuk pasukan pelawat. Manakala gol tunggal Real Madrid adalah menerusi Lucas Vazquez.
Real Madrid percaya – oleh sebab tidak mendapat penalti itu – ianya telah menjadi punca mereka kalah. Real Madrid menyatakan jika penalti itu diberikan, keputusan perlawanan pastinya berbeza.
Kapten Real Madrid – Sergio Ramos juga bengang dengan keputusan VAR itu. Beliau menyifatkan hari tersebut sebagai hari yang serba tak kena kepada Real Madrid. Semua perkara tidak memihak kepada mereka walaupun Real Madrid bermain baik.
Real Madrid kini dibezakan 10 mata daripada pendahulu La Liga – Barcelona -selepas 18 perlawanan.