Real Madrid sah mendapatkan bakat prospek Eder Militao dari Porto. Pemain pertahanan dari Brazil itu adalah antara sasaran utama Manchester United untuk perpindahan akan datang.
Zinedine Zidane menjadikan Militao sebagai pemain pertama dalam pembelian beliau – dalam kepulangan semula jurulatih itu.
Militao dilaporkan mengaktifkan klausa perlepasan yang terkandung dalam kontrak beliau bernilai €50 juta. Militao akan menyertai Real Madrid pada musim hadapan.
Aksi cemerlang Militao dalam UCL sejak menyertai Porto pada 2018 telah menjadikan beliau sasaran banyak kelab besar di Eropah.
Militao – pemain bek tengah 21 tahun – juga boleh bermain di posisi bek kanan dan juga tengah defensif. Ini menjadikan beliau antara pertahanan yang memiliki daya kecerdasan yang sangat baik di dalam padang.
Manchester United transfer target Eder Militao agrees to join Real Madrid https://t.co/vwSOCgvjZb pic.twitter.com/ljVC8ZhOKp
— MANCHESTER UNITED NEWS ⚽️ (@SirAlexStand) January 20, 2019
Zidane selepas ini akan memburu beberapa pemain lagi untuk menguatkan dan ‘meremajakan’ skuad Real Madrid. Antara pemain yang dikaitkan dengan Real Madrid termasuk Kylian Mbappe dan Eden Hazard.
Kehadiran Militao menambahkan lagi pengaruh Brazil dalam kelab Real Madrid selepas Marcelo, Casemiro dan Vinicius Junior yang didaftkarkan di dalam pasukan utama.
Bekas pertahanan Real Madrid, Pepe yang bermain dengan Militao di Porto dikatakan menjadi pengaruh penting dalam memujuk pemain itu untuk berhijrah ke Real Madrid.