Reaksi Pogba Menolak Untuk Turunkan Tandatangan Pada Jersi Man United Mencuri Perhatian Peminat

Para peminat terhibur melihat reaksi Paul Pogba ketika diminta untuk turunkan tandatangan pada jersi Manchester United.

Bintang Perancis itu menolak untuk menurunkan tandatangan pada jersi tersebut dengan beliau bahkan tidak berminat untuk melihat jersi itu.

Pogba disambut penuh meriah oleh para penyokong beliau di Turin dengan beliau kemudiannya mengambil sedikit masa untuk bermesra dengan penyokong.

Pemenang Piala Dunia itu kemudiannya menurunkan tandatangan pada jersi-jersi yang diberikan oleh para peminat, namun dengan tiba-tiba ada peminat yang menunjukkan jersi Man United dan meminta Pogba untuk turunkan tandatangan pada jersi tersebut.

Dengan Spontan Pogba segera menolak untuk melakukan hal tersebut dan reaksi beliau itu mencuit hati para penyokong pasukan seteru Man United.

Walau bagaimanapun, reaksi beliau itu jelas sekali tidak akan diterima dengan baik oleh para penyokong Red Devils, yang ketika ini sememangnya sedang sakit hati dengan beliau.

Pemain kebangsaan Perancis itu meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini sebagai pemain bebas ejen, selepas berakhirnya kontrak selama enam tahun beliau bersama Manchester United.

Kepulangan semula Paul Pogba menyertai Man United sepertinya tidak berjalan seperti yang diharapkan, dengan beliau kerap menjadi mangsa serangan para peminat yang tak puas hati dengan situasi kelab.

Pogba sering dianggap punca kejatuhan Man United, dan beliau turut dikatakan sebagai toksik yang menghuru-harakan bilik persalinan kelab.

Para peminat turut kerap mempersoalkan tentang komitmen beliau bersama kelab, dan ramai peminat yang mempertikaikan tentang konsistensi beliau di atas padang.

Penyokong-penyokong Man Utd jelas sekali mengharapkan sesuatu yang menakjubkan dari Pogba, apa lagi memikirkan yang beliau ditandatangani dengan nilai £89 juta.

Pogba meninggalkan Juventus pada tahun 2016 lalu selepas bersetuju untuk kembali ke Old Trafford sebagai pemain termahal dalam dunia bola sepak.

Beliau kini kembali ke Turin sebagai pemain bebas ejen, dan ia dianggap sebagai satu hal yang sangat merugikan Manchester United.

Pogba disambut penuh meriah oleh para peminat ketika beliau tiba di lapangan terbang, dengan para peminat sangat teruja melihat beliau kembali menyertai The Old Lady.

Para peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan mendapatkan tandatangan pemain berusia 29 tahun itu ketika bertemu dengannya.

Pogba juga dilihat sangat gembira melayan para peminatnya, namun dengan tiba-tiba telah berlaku satu insiden yang sedikit mengubah suasana.

Salah seorang penyokong pada ketika itu dilihat mengeluarkan jersi Manchester United dan meminta Pogba menurunkan tandatangan pada jersi tersebut.

Sekali imbas sahaja, Pogba sedar yang jersi berwarna merah itu merupakan jersi Manchester United dan beliau dengan segera mengangkat isyarat jari yang menunjukkan beliau tak mahu menurunkan tandatangan pada jersi tersebut.

Beliau bahkan langsung tidak melayan peminat tersebut, dan hal itu benar-benar mencuri perhatian peminat.

Para penyokong pasukan seteru United jelas sekali terhibur melihat bagaimana Pogba segera membenci serta melupakan bekas kelabnya itu.

Para penyokong Red Devils pula sementara itu tidak akan gembira melihat hal tersebut, apa lagi memikirkan yang mereka masih bengang dengan video dokumentari Pogba.

Reaksi Pogba sudah cukup untuk membuktikan yang beliau sememangnya sudah tawar hati dan tak berminat lagi untuk mengambil tahu tentang Manchester United.

Sebagai pemain yang ditandatangani dengan yuran perpindahan memecah rekod, Pogba jelas sekali sangat diharapkan akan mampu menaikkan semula Manchester United.

Paul Pogba berjaya membantu Man United untuk memenangi gelaran Carabao Cup dan Europa League pada musim pertamanya di Old Trafford.

Beliau pada ketika itu menjadi nadi penting dalam sistem kendalian Jose Mourinho dan Pogba turut memberikan impak yang sungguh dasyat pada ketika itu.

Perlahan-lahan persembahan beliau semakin merosot dan ketika Jose Mourinho dipecat pada Disember 2018 yang lalu, Pogba ketika itu dianggap sebagai toksik.

Manchester United kemudiannya melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus kelab, dan Pogba pada awal ketibaan pengurus dari Norway itu, beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat meyakinkan.

Beliau berjaya meledak 13 gol ketika musim pertama bersama Solskjaer dan itulah satu-satunya musim yang beliau berjaya menjaringkan lebih 10 gol dalam saingan Premier League.

Beliau kemudiannya sering diketepikan dari skuad utama dan antara masalah utamanya adalah kerana beliau kerap dibelenggu masalah kecederaan.

Walau berehat kerana masalah kecederaan, namun Pogba tetap terpaksa berdepan dengan kecaman dan hinaan dari para penyokong andai Man Utd tewas.

Melihat kepada hal itu, maka tidak hairanlah mengapa Pogba membenci Man Utd dan menolak untuk menurunkan tandatangan beliau pada jersi skuad Red Devils itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN