Razman Roslan Anggap Penambahan Kuota Import Bakal Beri Kesan Buat Skuad Kebangsaan

Para pemain tempatan dijangka bakal menghadapi cabaran getir untuk saingan musim hadapan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), untuk terus memberi persaingan merebut kesebelasan utama beraksi.

Apa tidaknya, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terdahulu telah pun memperkenalkan syarat untuk membenarkan enam pemain import beraksi dalam satu masa di atas padang pada saingan hadapan.

Ini menjadikan peluang untuk anak-anak tempatan mendapat ruang dalam kesebelasan utama atau mengumpul minit permainan semakin mencabar terutama sekali membabitkan bakat-bakat muda.

Apatah lagi penggunaan pemain import juga dibenarkan pada saingan Piala MFL sebanyak tiga orang pada satu masa di atas padang dengan bertujuan untuk meningkatkan lagi daya saing seperti dikatakan oleh pengelola liga.

Malah bekas pemain kebangsaan iaitu Razman Roslan sendiri kurang bersetuju akan perkara berkenaan dengan menyifatkan ianya bakal merugikan bakat tempatan serta masa depan Harimau Malaya.

Kata Razman, perubahan dilakukan itu pastinya akan memberi kesan buat pemain tempatan terutama sekali untuk mereka mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Ini kerana kebanyakan pasukan sudah tentu akan memberi lebih ruang kepada pemain import dalam kesebelasan utama berbanding anak-anak tempatan.

“Kalau tanya saya, perkara itu ada pro dan kontra. Apabila ramai pemain import, kita akan kekurangan pemain tempatan, (peluang) mereka nak beraksi untuk pasukan utama mungkin agak kurang.

“Pemain yang di bawah menunggu untuk naik, tapi apabila sampai masanya, tambah pula import. Secara jujurnya memang amat merugikan untuk pemain tempatan.

“Kita ada ramai bakat yang kita boleh kembangkan. Kadang-kadang pemain import bukan bagus, tapi disebabkan nama dia import, jurulatih pakai juga.

“Sebagai liga profesional yang nak main ke ACL (Liga Juara-Juara Asia) dan sebagainya memang perlukan macam slot enam import (atas padang), saya berasa MFL pun terpaksa buat,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Seterusnya, Razman juga mengakui pertambahan kuota pemain import ini juga bakal memberi kesan buat pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

“Saya berasa sedikit sebanyak mungkin terjejas (pasukan kebangsaan), sebab benda itu sudah terbukti.

“Pada 2009, 2010 kita tak pakai import tetapi kita dapat melahirkan pemain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan sebagainya.

“Jadi kita nampak ada hasil apabila kita menang Piala AFF. Sekarang ini apabila ramai sangat pemain import, pemain muda yang kita siapkan dan sepatutnya bermain untuk pasukan kebangsaan tidak terpilih disebabkan kurang minit permainan dan ramai pemain naturalisasi,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN