Razlan Jofri Ali: Bekas Pemain Skuad Olimpik Yang Cemerlang Jadi Pengadil Perlawanan Piala Malaysia

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Acap kali tindakan individu bergelar pengadil di tengah padang dicemuh penyokong. Tetapi tidak ramai yang akan menghargai kehadiran dan apa yang dilakukan mereka sehingga menjadikan sesebuah perlawanan bola sepak itu menjadi menarik untuk disaksikan.

Perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam tadi mungkin tidak berlangsung di dalam atmosfera bingit seperti sebelumnya akibat limitasi penyokong yang dibenarkan masuk ke stadium.

Namun ia tidak bererti perlawanan tersebut tidak menghiburkan. Malah ia juga berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Disebabkan itu, kredit juga harus diberikan kepada pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali yang diberikan amanah dan mandat mengadili perlawanan pada malam tadi.

Kenali Razlan Jofri Ali

Razlan Jofri Ali mungkin bukan individu asing di dalam kancah saingan Liga Malaysia. Namun siapakah pengadil perlawanan Piala Malaysia ini sebenarnya?

Tidak ramai yang mengetahui Razlan sebenarnya juga pernah bergelar pemain bola sepak profesional sebagai karier sebelum memilih bidang pengadilan.

Karier di dalam bola sepak Razlan bermula bersama skuad Piala Presiden Terengganu FC pada 2003. Beliau juga merupakan salah seorang anggota skuad Olimpik 2008.

Sepanjang karier sebagai pemain bola sepak, Razlan turut pernah menyarung jersi PKNS FC, Proton FC, dan Sime Darby FC sebelum berjinak dengan karier sebagai pengadil pada 2013.

Bermula dengan menjadi pengadil di Liga Negeri Selangor pada 2013, Razlan kemudiannya bergelar pengadil kebangsaan dua tahun kemudian, sebelul mendapat pengiktirafan daripada badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Pada hari ini, Razlan berstatus pengadil elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), yang membenarkan beliau mengendalikan perlawanan-perlawanan penting antarabangsa.

Pengalaman beliau sebagai pemain suatu ketika dahulu sedikit sebanyak membantu Razlan di dalam bidang pengadilan, terutama untuk menilai situasi dan kejadian ketika permainan sedang berlangsung.

Mengenai pembabitannya dalam dunia pengadilan, bekas pemain pertahanan pasukan Selangor itu berkata peluang itu hadir secara kebetulan tanpa dirancang.

“Rakan sekerja mengajak untuk menyertai kursus pengadilan, ketika itu saya sudah mempunyai lesen kejurulatihan bola sepak kelas C, tapi saya gagahi untuk mengikut kursus itu dan bermula daripada situ saya tidak menoleh ke belakang lagi, malah akhirnya bakat saya dapat dikesan panel pengadil FAM sehingga kini sebelum menjadi pengadil FIFA bermula 2018 selain terpilih sebagai pengadil elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” kongsi beliau kepada Arena Metro sebelum ini.

Menjadikan profil beliau lebih menarik, Razlan juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

Final Piala Malaysia 2021

Selepas bergelar pengadil FIFA hampir selama empat tahun, Razlan sebenarnya sudah masak dengan saingan Liga Malaysia, menjadikan beliau sebagai salah seorang pengadil paling berpengalaman di negara ini.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 juga bukan perlawanan akhir pertama yang dikendalikannya. Sebelum ini  Razlan turut pernah mengendalikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, melibatkan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah, Piala Sumbangsih 2020 (JDT dengan Kedah), penolong pengadil final Piala Malaysia 2019 (JDT menentang Kedah) dan penolong pengadil final Piala FA 2019, dalam pertemuan Perak dengan Kedah bergandingan dengan tiga lagi pengadil jemputan dari Jepun diketuai Takuto Okabe.

Beberapa insiden yang berpotensi ‘menjadi panas’ turut dikendalikan dengan baik oleh Razlan dalam perlawanan semalam. Antaranya insiden membabitkan Afiq Fazail dan Akram Mahinan, dan pertembungan di antara Natxo Insa dan Kenny Pallraj – sebelum pemain pertahanan KL City FC itu digantikan kerana kecederaan.

Ketenangan Razlan juga terserlah apabila beliau seperti mengelak untuk melayangkan kad kepada pemain, selagi situasi berada di dalam kawalan untuk tidak menganggu rentak perlawanan.

Rumusan

Sukar untuk melabel ia sebagai perlawanan yang diadili secara sempurna. Realitinya pengadil juga masih manusia biasa dan tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.

Namun pada pandangan kami, Razlan Jofri Ali telah mengadili perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam tadi dengan cukup cemerlang. Beliau memberi amaran kepada pemain ketika perlu, melayangkan kad ketika keadaan memaksa, dan yang paling penting tugasan itu telah dilakukannya dengan sebaik mungkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN