‘Bukan Sekadar Hensem’ – Aksi MOTM Kevin Mendonza Curi Perhatian, Pengikut Di Instagram Naik Mendadak!

Aksi hebat penjaga gol Kuala Lumpur City (KL City FC), Kevin Mendoza di hadapan gawang menafikan deretan percubaan pemain JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam tadi mendapat pujian ramai.

Apa tidaknya, diuji sejak seawal perlawanan, Kevin dengan tenang menafikan satu persatu percubaan pihak lawan yang membenarkan KL City FC terus kekal dalam persaingan, sebelum jaringan dua gol – masing-masing oleh Zhafri Yahya dan Poulo Josue – memastikan kemenangan 2-0 skuad warga kota.

Aksi tangkas Kevin Mendoza

Berdasarkan data tidak rasmi yang kami perolehi, penjaga gol dari Filipina itu telah menafikan sembilan percubaan tepat daripada rangkaian serangan JDT sepanjang perlawanan.

Aksi hebat penjaga gol berusia 29 tahun itu mendapat pujian ramai, termasuklah oleh pengulas terkenal bola sepak negara, Haji Zainal Abidin Abdul Rawop.

Untuk ulasan yang lebih adil, aksi Kevin sejak menyertai KL City FC sememangnya menakjubkan sepanjang musim.

Di dalam saingan Liga Super, selepas 20 perlawanan, menurut pengumpul statistik Liga Malaysia, Atlead Pass, Kevin Mendoza merekodkan 74 aksi menyelamat dalam 1800 minit permainannya bersama KL City saat ini.

Ia merupakan rekod tertinggi di kalangan penjaga gol di Liga Super dan mengatasi penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid dan PJ City, Kalamullah Al-Hafiz, di kedudukan kedua dengan 59 aksi menyelamat.

Prestasi cemerlang Kevin menjadikan beliau sebagai ‘top performer’ di kalangan penjaga gol di Liga Malaysia pada musim ini. Jelas sekali pelaburan KL City FC dan pilihan Bojan Hodak untuk membawa masuk pemain ini pada awal musim tidak sia-sia.

Populariti meningkat

Hanya selepas satu perlawanan pada malam tadi, populariti Kevin Mendoza di kalangan peminat bola sepak .

Tidak dinafikan juga mungkin ada di kalangan mereka yang tak minat pun bola sepak – tetapi mengikuti akaun media sosial pemain ini sehingga tiba-tiba merekodkan peningkatan luar biasa jumlah pengikut.

Hanya memiliki sekitar 3,000 pengikut sebelum sepak mula perlawanan akhir, penjaga gol pasukan Azkal ini kini memiliki hampir 50,000 pengikut.

@waniaminuddin

Saya jatuh hati la awak 😍❤️ #klcity #football #pialamalaysia #kevinmendoza #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ dj side to side gani gani x bale bale – Ucil Fvnky

 

Tidak kurang juga yang jatuh hati kerana ketampanan dimiliki penjaga gol itu. Namun kami nasihatkan mereka yang memasang harapan ‘tak tentu pasal’ ini untuk lupakan sahaja niat itu.

Kevin Mendoza sebenarnya sudah berpunya, dan isteri beliau adalah antara pendorong kuat kepada penjaga gol tersebut sehingga berjaya mencapai kejayaan seperti pada hari ini.

Leave a Reply