Rawilson Batuil Teruja Beraksi Di Liga Super, Intai Peluang Sertai Skuad Kebangsaan

rawilson batuil sabah 2019 pemain terbaik mei

Kali terakhir Sabah beraksi di Liga Super adalah pada musim 2012. Mereka menamatkan musim di kedudukan ke-13 dan tersingkir bersama Kuala Lumpur, Kedah dan Sarawak – apabila jumlah pasukan di Liga Super dikurangkan kepada 12 pasukan.

Selepas tujuh tahun, kini, Sabah telah kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia untuk musim 2020 selepas menjuarai Liga Premier 2019. Kaptennya, Rawilson Batuil sudah tidak sabar untuk beraksi.

Bercakap kepada The Star, pertahanan tengah berusia 25 tahun itu sangat teruja berjaya membawa semula skuad Tambadau ke Liga Super dan tidak sabar untuk bersaing bersama pasukan terbaik.

Selain tidak sabar bersaing dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah, pemain yang selesa dipanggil Jipun ini juga mahu menguji keupayaannya, malah mengintai untuk bersama skuad kebangsaan.

“Siapa yang tidak gembira? Saya telah bersama Sabah sejak 2014 dan misi saya adalah untuk membawa pasukan kembali ke Liga Super,” ujar pengemudi benteng yang telah membantu Sabah hanya bolos 17 gol dalam 20 perlawanan liga pada musim lalu.

Disamping itu, Rawilson Batuil juga sedar akan persaingan yang lebih hebat musim depan dan bertekad tidak mahu tersingkir.

“Kali terakhir Sabah beraksi di Liga Super adalah pada musim 2012. Pasukan seperti kami sepatutnya bersaing di divisyen tertinggi ini. Kami akan berjuang habis-habisan untuk terus berada di sini.

“Ia bukannya mudah kerana banyak pasukan yang hebat di liga ini. Sebagai kapten, saya akan minta rakan-rakan sepasukan supaya memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,” jelasnya.

Bercakap mengenai pemain baharu, Rawilson Batuil menyatakan yang mereka semua sudah dimaklumkan semua pemain tempatan dikekalkan, sementara pemain import akan tiba selepas Krimas.

Selain itu, mereka turut akan diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain tempatan iaitu pertahanan kiri Pahang, Zubir Azmi serta penjaga gol Terengganu FC, Wan Mohd Azraie Wan Teh.

Coach Jelius memainkan peranan penting memastikan kita meraih kejuaraan Liga Premier yang lepas. Samada dia atau pengendali baharu, saya bersedia untuk bermain dibawah sesiapa sahaja.

“Kerana bagi saya, saya mahu memberi aksi terbaik untuk negeri saya,” jelasnya lagi ketika ditanyakan mengenai pengendali baharu Sabah yang dijangkakan menjadi milik Kurniawan Dwi Yulianto.

Jelius Ating akan bertindak sebagai pembantu kepada pengendali  yang baharu apabila tiada lesen Pro A untuk membimbing pasukan Liga Super seperti ketetapan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Kredit Foto: PFAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN