Ravers vs Hipsters: Kaitan Dua Budaya Ini Dengan Bola Sepak

Ravers vs hipsters. Anda mungkin gelak dengan tajuk artikel ini.

Tetapi percaya atau tidak; 2 mazhab budaya remaja zaman sekarang ini mempunyai sejarah lampau dalam bola sepak. Terutamanya kepada ravers.

Gen-Y yang pada satu ketika dulu pernah terlibat dengan budaya skinhead dan punk semasa zaman sekolah (terutamanya era 90-an di Malaysia) mungkin agak malu untuk mengaku fakta ini. Tetapi budaya skinhead dan punk sebenarnya mempunyai beberapa persamaan dengan budaya rave:

  • Ketiga-tiga budaya ini lahir dari golongan pekerja (working class) di UK.
  • Dan ketiga-tiganya mempunyai sejarah dengan bola sepak.

Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, saya nasihatkan anda mengenali maksud ringkas ravers vs hipsters ini di sini.

Skinheads pupus, ravers menular

Seperti mana yang peminat tegar bola sepak Inggeris tahu, budaya hooliganism popular di bola sepak UK sehingga lewat 1980-an.

Hooligans biasanya terdiri daripada golongan kelas pekerja (working class). Mereka tak kaya. Mereka suka minum arak dan bola sepak. Dan mereka suka bergaduh.

imgid70013249-jpg-gallery

Bagaimanapun pada beberapa musim bola sepak UK pada awal 1990-an, keganasan antara kumpulan hooligans mengalami penurunan drastik .

Ramai orang memuji kerja keras polis selepas tragedi Heysel dan Hillsborough sebagai punca penurunan kes keganasan hooligans dalam bola sepak.

Tetapi bagi saya; kemasukan LSD, ganja dan pelbagai dadah psikedelik lain adalah punca penurunan kes keganasan hooligans.

Pendapat saya ini bersandarkan kepada hasil kajian sains sosial Mark Gilman pada tahun 1994 yang bertajuk ‘Football and Drugs – Two Cultures Clash’. Hasil kajiannya boleh dibaca di sini.

Kemasukan LSD, ganja, pil ecstasy, acid dan sebagainya ini seiring dengan peningkatan populariti genre muzik acid house, proto-EDM dan psychedelic rock di bandar Manchester pada lewat era 80-an.

Malah ketika era lewat 80-an dan awal 90-an, bukan satu perkara pelik untuk anda lihat penyokong Manchester United dan Leeds United menari bersama di kelab The Hacienda. Sambil diiringi muzik house dan dadah psikedelik.

Ia satu ironi kerana pada zaman hooliganism, kedua-dua penyokong kelab ini pasti bergaduh.

Manchester – bandar yang melahirkan fenomena post-punk (Joy Division, New Order, The Smiths, The Fall) di UK – kemudiannya melahirkan budaya rave di UK pula.

Ketika inilah kepopularan budaya rave dan dadah psikedelik di Manchester kemudiannya melahirkan terma ‘Madchester’.

madchst

Bagaimana budaya rave menurunkan keganasan hooligans

Berbeza dengan alkohol yang diteguk oleh hooligans, dadah psikedelik membuatkan golongan kelas pekerja di Manchester tidak berminat untuk bergaduh.

Sebaliknya ia membuatkan mereka mahu menari sepanjang malam.

Apabila Manchester United melangkah ke final European Cup Winners’ Cup 1991 (menentang Barcelona) yang diadakan di Rotterdam, penyokong Manchester United berparti dengan dadah psikedelik di kelab-kelab malam sekitar Rotterdam dan Amsterdam.

bmgrnyocmaacbg2

LSD, pil ecstasy dan acid bukanlah satu-satunya benda yang penyokong United bawa balik ke Manchester.

Mereka turut membawa balik budaya rave, muzik techno dan house dari jiran mereka di Eropah ke UK.

Perangai peminat Manchester United ini begitu dibenci oleh neo-nazi skinheads Chelsea sehinggakan mereka menghasilkan t-shirt yang berslogan ‘Hooligans Against Acid’.

hools1

Ketika era inilah buat kali pertamanya di UK, golongan muda yang menikmati budaya rave menjadi majoriti. Hooligans tiba-tiba menjadi minoriti.

Ravers dilihat seperti cool. Skinheads dilihat seperti tool.

Ia berbeza dengan era 70-an dan 80-an; era di mana hooligans dilihat seperti cool di UK. Apatah lagi dengan penubuhan firms dan penjenamaan semula fesyen skinhead kepada casuals (gambar bawah).

Pada era awal 90-an, ravers berjaya ‘mendiamkan’ hooligans. Walaupun ia hanya sekejap sahaja.

1-the-new-firm-web-crop-front-page

Budaya hipsters dalam bola sepak

Berbanding ravers, budaya hipsters masih baru.

Jika ravers berasal dari golongan kelas pekerja, hipsters secara asasnya berasal dari golongan kelas pertengahan (middle class) yang lebih berduit.

Budaya hipsters akan menolak sebarang unsur arus perdana (mainstream) dalam segala aspek. Baik dari segi fesyen, padangan sosio-politik dan muzik.

hipster-premier-football-fans

Dalam konteks bola sepak, mereka tidak berbahaya. Sentiasa menentang komersialisme dan kapitalisme dalam bola sepak moden. Anti-establishment. Gemarkan pasukan underdog. Gemarkan jersi away yang pelik. Gemar melabel musuh mereka sebagai ‘sellouts’.

Kelab pilihan popular mereka sebelum ini adalah Celtic. Tetapi sejak kejatuhan Rangers ke liga divisyen ke-4 Scotland, ramai juga antara mereka yang mula menyokong kelab tersebut.

Kelab pilihan hipsters dalam bola sepak

Namun sejak akhir-akhir ini, ramai hipsters menyebut nama kelab FC St. Pauli sebagai kelab bola sepak pilihan mereka.

4171

Masakan tidak. Segalanya tentang kelab liga divisyen ke-2 Jerman ini seiring dengan rukun budaya hipster:

1. Warna rasmi kelab mereka adalah coklat; warna paling tak popular untuk kelab bola sepak.
2. Logo tak rasmi kelab mereka adalah logo tengkorak.
3. Pandangan sosio-politik kelab mereka cenderung ke arah sayap kiri (liberal demokrat).
4. Lagu punk rock akan dimainkan setiap kali mereka menjaringkan gol di halaman sendiri.

Antara kelab lain yang menjadi pilihan popular hipsters adalah:

1. Real Oviedo
2. Portland Timbers
3. Rayo Vallecano
4. Livorno
5. Sassuolo
6. Borussia Dortmund
7. Mainz 05

Kesimpulan

Artikel ini bukanlah dibuat untuk mengulas perkelahian mazhab ravers vs hipsters. Apatah lagi untuk menghakimi. Kita semua pernah melakukan perkara yang kita kesali semasa muda remaja.

Saya lebih berminat untuk tahu apakah adik-adik ravers dan hipsters yang dilaporkan mahu ‘bertempur’ di KLCC ini tahu dan kenal dengan asal-usul budaya yang mereka pilih untuk labelkan diri mereka sendiri.

Pada usia di mana kecelaruan identiti memang selalu berlaku dan darah muda sentiasa menggelegak, amat mudah untuk mereka melabel diri dan bergaduh.

Saya percaya ‘kecelaruan identiti’ ini akan berakhir seiring dengan peningkatan kematangan intelektual mereka. Itupun jika mereka memilih untuk bersikap matang dan belajar dari kesilapan.

Sementara mereka sedang keliru ketika ini, saya lebih suka memerhati gelagat mereka dalam video di Facebook sambil ketawa berdekah-dekah!

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Dani Osvaldo Bersara, Tolak Tawaran Bermain Di Chievo Untuk Jadi Bintang Rock

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN