Raul Longhi Akui Terpaksa Lakukan Penggiliran Pemain Ketika Hadapi Persija Jakarta

JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi jelas tidak senang dengan keputusan yang diterima skuad bimbingannya pada perlawanan menentang Persija Jakarta selepas anak buahnya kecundang 4-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam semalam.

Bekas pemain import Negeri Sembilan dan Melaka, Marko Simic muncul wira tuan rumah apabila berjaya meledakkan empat gol.

Simic juga hanya memerlukan 11 minit sahaja untuk melengkapkan hatrik pada perlawanan ke-5 saingan Piala AFC ini.

Kecewa dengan keputusan tersebut, Raul Longhi menjelaskan bahawa beliau ternyata tidak gembira dengan kekalahan tersebut dan turut menjelaskan sebab beliau membuat penggiliran terhadap skuad menghadapi wakil Indonesia itu.

”Sudah tentu saya tidak gembira dengan keputusan perlawanan malam ini. Tetapi semua harus faham, kami terpaksa melakukan penggiliran pemain.”

Raul turut menegaskan bahawa saingan unifi Liga Super 2018 lebih menjadi keutamaan musim ini di samping jadual padat membuatnya memilih langkah berkenaan.

”Mengapa? Ini adalah kerana jadual perlawanan kami terlalu padat dan pertandingan yang paling mustahak tahun ini adalah liga disebabkan ianya adalah untuk Liga Juara-Juara AFC (ACL).”

”Piala FA juga penting untuk kami. Kami jika boleh, mahu bermain semua perlawanan dengan kesebelasan yang terkuat dalam setiap perlawanan, tetapi para pemain kami akan habis dan mereka tidak akan dapat rehat secukupnya.”

Foto: Johor Southern Tigers

”Dalam bola sepak jikala serangan kami tumpul, memang susah untuk bersaing. Jadi, langkah terbaik adalah kami melakukan penggiliran pemain dan ini sememangnya merupakan perkara yang kami harus lakukan.”

”Sudah tentunya kami mahu pulang dengan tiga mata atau satu mata dan kami tidak mahu membawa pulang dengan tangan kosong. Tetapi apa boleh buat?”

Tidak sanggup untuk terus dibuai kekecewaan tersebut, Raul mahu skuadnya fokus menghadapi perlawanan yang mendatang.

”Perkara ini sudah berlaku. Kini kami hanya perlu fokus kepada perlawanan bertemu PKNS, dan kemudian perlawanan bertemu Pahang untuk Piala FA. Itu adalah dua perlawanan yang mustahak.”

”Buat masa ini kami tiada pilihan. Kami terpaksa guna barisan pemain yang kami ada untuk lakukan penggiliran pemain.”

JDT kini menghuni tangga ke-3 dengan mencatatkan tujuh mata dalam saingan kumpulan H dengan perlawanan hanya berbaki satu perlawanan sahaja lagi.

Skuad Harimau Selatan itu ketinggalan tiga mata dibelakang Persija Jakarta dan Song Lam Nghe An yang mengumpul 10 mata setakat ini.

Song Lam Nghe An bakal menjadi lawan terakhir di Larkin pada 24 April nanti bagi menentukan nasib JDT sama ada mampu untuk layak ke peringkat seterusnya atau tidak.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN