Doktor kelab Wolverhampton Wanderers, Matt Parry mengesahkan Raul Jimenez sudah bersedia untuk menjalani latihan penuh selepas enam bulan direhatkan akibat keretakan tempurung kepalanya.
Beliau berkemungkinan akan kembali beraksi untuk permulaan musim 2021/22 sebaik sahaja disahkan cergas sepenuhnya.
Namun demikian, penyerang berusia 30 tahun itu perlu memakai pelindung kepala sepanjang kariernya sebagai langkah berjaga-jaga kerana kecederaan yang dialaminya itu kebiasaannya mempunyai kesan jangka masa panjang.
Pemain antarabangsa Mexico itu mengalami kecederaan serius tersebut ketika aksi menentang Arsenal pada November tahun lalu selepas beliau terhantuk dengan David Luiz.
Raul Jimenez had to be stretchered off against Arsenal after a clash of heads with David Luiz.
Get well soon 🙏 pic.twitter.com/Td0o0PK5LB
— B/R Football (@brfootball) November 29, 2020
Beliau menerima rawatan hampir 10 minit di atas padang sebelum diusung keluar dan terus dibawa ke hospital apabila didapati mengalami kecederaan otak traumatik utama (TBI) dan keretakan tempurung kepala.
Sebelum ini bekas penjaga gol Chelsea, Petr Cech juga pernah mengalami kecederaan yang hampir sama dan beliau juga didapati menggunakan penutup kepada yang sering digunakan oleh pemain ragbi sehingga penamat kariernya.
Jimenez pula yang sudah kembali menjalani sesi latihan ringan pasukan sejak Mac lalu didapati mengunakan pelindung kepala yang lebih ringkas , tetapi mungkin perlu menggunakan ‘helmet’ yang sama seperti Cech semasa perlawanan sebenar.
DE ÚLTIMO MOMENTO
FUERZA RAÚL
El doctor Rafael Ortega acaba de informar que Raúl Jiménez tendrá que usar casco como Petr Cech. Para que cicatrice su fractura en el cráneo, además durante el tiempo que lleve el casco no podrá volver a rematar de cabeza… pic.twitter.com/qtLXo8sXUx
— Gary Erazo (@GaryErazo11) December 3, 2020
Kedua-dua pelindung kepala tersebut berfungsi sebagai pelindung kepada sebarang hentakan.
Pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo ternyata gembira dengan perkembangan positif penyerangnya itu, namun beliau masih menunggu masa yang sesuai untuk kembali menurunkannya dalam aksi kompetitif.
Beliau kini telah mengumpul 47 gol dari 110 penampilan untuk kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan sejak tiba dari Benfiza pada 2018.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Deschamps Ubah Fikiran, Benzema Bakal Kembali Menyarung Jersi Perancis Di Euro 2020
Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?
Sah Mahu Tinggalkan Tottenham, Ke Manakah Hala Tuju Harry Kane Selepas Ini?