Menjelang perlawanan Barcelona menentang PSG awal pagi ini, Raul Gonzalez berpendapat amat sukar untuk melihat kebangkitan Barcelona kali ini.
Ianya selepas Barcelona dikalahkan dengan defisit 4 gol daripada perlawanan pertama mereka di Paris.
Kini Barcelona dalam misi sukar untuk mencipta keajaiban untuk menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati seterusnya selepas tewas dengan beza 4 gol aggregate dari perlawanan pertama.
Sebelum ini, masih belum ada pasukan yang berjaya melakukannya dalam sejarah UCL setakat ini.
Lagenda Sepanyol dan Real Madrid, Raul Gonzalez juga berpendapat, Barcelona tidak akan mampu bangkit daripada situasi ini.
Barcelona tidak ada DNA kebangkitan yang luar biasa seperti mana yang dimiliki oleh bekas kelab beliau, Real Madrid.
Raul Gonzalez yang kini bertugas sebagai duta rasmi La Liga berkata:
“Jika PSG bermain seperti mana mereka bermain dalam perlawanan pertama, Barca tidak akan mampu menjaringkan 4 atau 5 gol seperti mana yang mereka lakukan di La Liga.”
“PSG hanya akan gagal mara jika Barcelona bermain terlalu bagus dan PSG bermain buruk sekali kali ini.”
“Ianya tugas yang sukar. Terutama sekali untuk mengharapkan Barcelona untuk melakukan tugasan seperti ini.”
“Hanya Real Madrid yang boleh melakukan perkara seperti ini. Ini adalah kepakaran mereka (Real).”
Pandangan Raul Gonzalez ini jauh berbeza dengan Julian Draxler yang berkata:
“Kami harus fokus dalam perlawanan ini kerana sudah banyak pasukan yang dibelasah 5 atau 6 gol di Camp Nou.”
Sebagai rekod, dalam 2 perlawanan La Liga terakhir mereka telah menjaringkan 11 gol. Ia selepas kemenangan 6-1 ke atas Gijon dan 5-0 ke atas Celta Vigo.
Baca juga: Meraikan Gol Dengan ‘Telefon Saya’, Ramos Nafi Tiru Messi