Meraikan Gol Dengan ‘Telefon Saya’, Ramos Nafi Tiru Messi

Nampaknya perseteruan Barca dan Real dah merebak ke isu meraikan gol.

Terbaru, Sergio Ramos dicuit wartawan dengan soalan nakal tentang keraian gol dengan ‘telefon’ saya ataupun hubungi saya.

Kapten Real Madrid ini menyatakan dia tidak meniru sesiapa termasuk Lionel Messi. Ini selepas Lionel Messi melakukan celebration yang sama ketika menentang Celta Vigo.

Ramos berkata:

“Saya telah melakukan aksi itu lebih awal daripada Leo. Kalau anda masih ingat, saya pernah lakukannya di Camp Nou.”

Anda layan seketika video jaringan dan cara Ramos meraikan gol ketika di Camp Nou pada 3 Disember 2016.

Manakala sebelum ini, Lionel Messi menyatakan beliau meraikan gol dengan cara ‘hubungi saya’ untuk ditujukan kepada sepupu beliau.

Messi mengusik sepupunya yang merajuk kerana gagal menghubungi beliau sehari suntuk sebelum perlawanan menentang Celta Vigo.

Ramos sedang membara!

Sergio Ramos meneruskan rentak menjaringkan gol. Beliau kini telah menjaringkan 9 gol daripada 28 perlawanan musim ini.

Ini menjadikan beliau pemain pertahanan tengah paling prolifik dalam 3 musim terakhir dengan 26 gol.

Ramos menepis tag hero yang diberikan wartawan kepada beliau. Bagi Ramos, paling penting, gol beliau adalah kerana kerjasama berpasukan.

Ramos juga gembira apabila mendapat tahu ianya adalah perlawanan ke-100 beliau. Ramos cuma tahu jumlah itu selepas diumumkan oleh UEFA. Beliau sendiri tidak tahu akan hal itu

Ramos telah menjaringkan gol penyamaan pada awal pagi tadi selepas Real Madrid ketinggalan kerana jaringan Dries Mertens.

Tandukan Ramos juga menjadi punca Mertens menjaringkan jaringan sendiri untuk gol ke-2 Real Madrid.

Berbalik kepada kes meraikan gol tadi, kedua-dua pemain jelas tidak meniru sesiapa. Mereka cuma meraikan gol atas sebab mereka sendiri.

Baca juga: Luis Enrique: “Kalau PSG Boleh Jaringkan 4 Gol, Barcelona Pula Boleh Jaringkan 6 Gol”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN