Rating Pemain: Rusia vs Arab Saudi, Golovin Dan Cheryshev Cemerlang

Berikut adalah rating para pemain untuk perlawanan pertama melibatkan Rusia dan Arab Saudi dari skala 1-10 (paling teruk – cemerlang)

Rusia

Akinfeev – 5

Sukar memberikan markah kerana beliau sangat jarang diancam.

Fernandes – 6

Melakukan 4 pintasan dan 2 bentesan tepat dalam perlawanan ini.

Kutepov – 6.5

Memenang 3 daripada 4 duel serta sangat berdisiplin dalam bertahan

Ignashevich – 7

Pada usia 38 tahun, pemain ini berjaya menjadi pertahan terbaik pasukan beliau pada hari pembukaan. Memenangi 11 daripada 13 duels dalam perlawanan ini. Paling banyak.

Zhirkov – 6

Tenang mengawal kawasan sisi padang. Beliau melakukan beberapa hantaran panjang namun bukan hantaran kunci.

Zobnin – 6

Walaupun beraksi sebagai pivot, beliau aktif terlibat di zon serangan.

Gazinsky – 6.5

Mengawal tengah dengan baik dan melakukan 1 gol daripada situasi bola mati.

Golovin – 7.5 

Pemain paling kreatif dalam padang. Mencipta 2 peluang besar (big chances) dalam perlawanan ini.

Beliau juga menjaringkan 1 gol dan 2 bantuan gol pada hari ini. Jadi, beliau adalah pemain terbaik pilihan kami.

https://twitter.com/FTalentScout/status/1007305854859796483

Samedov – 5.5

Tidak banyak yang dilakukan oleh pemain veteran ini dari segi kontribusi ketika menyerang seperti mana yang diharapkan penyokong Rusia.

Smolov – 6

Berjaya memberikan masalah kepada pertahanan lawan namun tidak cukup tajam menyudahkan peluang yang beliau miliki.

Dzagoev 6

Memberikan impak dalam perlawanan ini dengan mencipta beberapa peluang dan ancaman dari kiri dan tengah. Namun terpaksa keluar awal kerana kecederaan.

Gantian:

Cheryshev – 7.5

Sangat efektif sebaik sahaja dimasukkan. Menjaringkan 1 gol dan berjaya mengawal tempo perlawanan di tengah. Beliau melakukan ‘worldie’ untuk gol ke-2. 2 gol daripada 3 percubaan, sangat klinikal.

Kuzyaev – 5.5

Tidak begitu memberikan impak dalam perlawanan ini.

Dzyuba – 6

Menjadi ancaman besar ketika di udara. Masuk terus menjaringkan gol.

Arab Saudi

Abdullah Al-Muaiouf – 5.5

Melakukan beberapa aksi menyelamat untuk memastikan Arab Saudi tidak bolos lebih banyak daripada 5.

Mohammed Al-Burayk – 5.5

Sukar untuk memberikan markah untuk pemain ini. Secara posisi beliau paling kerap ‘sesat’. Namun beliau melakukan 2 hadangan penting menghadang bola daripada gol.

Osama Hawsawi – 5.5

Pertahanan terbaik dimiliki Arab Saudi dalam perlawanan ini. Banyak melakukan pintasan penting terutama sekali pada separuh masa pertama

Omar Hawsawi – 4.5

Tidak banyak yang harus diceritakan tentang pemain ini. Tiada komunikasi dengan pemain di sekitar beliau dan ditewaskan dengan mudah dalam beberapa situasi duel.

Yasir Al-Shahrani – 4.5

Gagal memberikan tekanan kepada pemain sayap pasukan lawan.

Taiseer Al-Jassam – 5

Beliau mencipta peluang gol dan terlepas peluang di hadapan gol. Tidak cukup efektif ketika bertahan dan kerap menghantar bola lemah.

Abdullah Otayf – 4.5

Tidak banyak sumbangan dalam perlawanan ini. Bergelut untuk menghantar dan memenangi bola.

Salem Al-Dawsari – 4.5

Gagal untuk memainkan peranan beliau di bahagian sayap

Yahya Al-Shehri 5-5

Mungkin pemain terbaik yang dimiliki mereka di bahagian tengah. Cuba menggerakkan bola segera namun kurang sokongan daripada rakan.

Salman Al-Faraj – 4.5

Tidak mampu menghubungkan barisan tengah dan no.9 melalui bahagian tengah.

Mohammed Al-Sahlawi – 5

Memberikan ancaman kepada Rusia pada awal separuh masa kedua namun secara keseluruhannya, isolated sepanjang perlawanan.

Hatan Bahbir – 4.5

Gagal mencipta sebarang peluang gol dan tidak banyak terlibat dalam perlawanan.

Farhad Al-Muwallad – 4.5

Gagal memberikan impak dalam perlawanan ini. Hanya melakukan 2 hantaran.

Muhannad Aseri – N/A

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN