Rating Pemain Sepanyol VS Rusia, Igor Akinfeev Cemerlang Kecewakan La Roja

Rusia mencipta kejutan apabila berjaya menyingkir Sepanyol menerusi sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Sepanyol

David De Gea – 5

Tidak melakukan sebarang tepisan dalam perlawanan ini. Gagal menyelamatkan semua sepakan penalti yang dihadapi beliau.

Jordi Alba – 6

Rajin membantu pasukan Sepanyol dalam usaha memburu jaringan dengan kerap naik ke atas.

Sergio Ramos – 7

Mendorong kepada terhasilnya jaringan Sepanyol dalam perlawanan ini. Kompetitif dalam usaha mempertahankan pintu gol Sepanyol.

Menjaringkan gol pada penentuan sepakan penalti.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 01: Sergio Ramos of Spain gestures during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Spain and Russia at Luzhniki Stadium on July 1, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Gerard Pique – 6

Menjadi punca kepada penalti yang diberikan kepada Rusia. Beliau turut dilayangkan kad kuning dalam perlawanan ini.

Menjaringkan gol pada penentuan sepakan penalti.

Nacho Fernandez – 6

Cemerlang dalam duel yang dihadapi beliau. Digantikan pada minit ke-70.

Koke – 5.5

Beraksi baik dalam keseluruhan perlawanan namun gagal menyempurnakan penalti.

Sergio Busquets – 6

Cukup kompeten dalam usaha membantu bahagian tengah Sepanyol.

Marco Asensio – 6.5

Melakukan bantuan gol yang disudahkan oleh jaringan sendiri pemain Rusia. Digantikan pada minit ke-104.

Isco – 6.5

10 hantaran jauh beliau berjaya disempurnakan dan 9 daripada 10 gelecekan beliau berjaya dilaksanakan.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 01: Ilya Kutepov of Russia fouls Isco of Spain during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Spain and Russia at Luzhniki Stadium on July 1, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

David Silva – 6

Tidak begitu banyak impak dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-67.

Diego Costa – 6

Tidak mendapatkan servis yang diperlukan dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-80.

Pemain gantian

Andres Iniesta – 6.5

Cuba untuk menggerakan pasukan sewaktu beliau dimasukkan. Menjaringkan gol ketika penentuan sepakan penalti.

Dani Carvajal – 6

Tidak banyak impak yang diberikan beliau dalam perlawanan ini.

Iago Aspas – 5.5

Gagal menyempurnakan sepakan penalti yang mengesahkan tersingkirnya Sepanyol dari Piala Dunia.

Rodrigo – 6.5

Melakukan beberapa percubaan tepat ke arah pintu gol. Namun dinafikan penjaga gol.

Rusia

Igor Akinfeev – 9

Beraksi cemerlang dalam menafikan beberapa percubaan Sepanyol terutamanya dari Rodrigo. Menyelamatkan beberapa sepakan penalti oleh pemain Sepanyol.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 01: Igor Akinfeev of Russia saves an shot by Andres Iniesta of Spain during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Spain and Russia at Luzhniki Stadium on July 1, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Ilya Kutepov – 6.5

Disiplin dalam membantu pertahanan Rusia. Dilayangkan kad kuning.

Sergey Ignashevich – 6

Menjaringkan gol sendiri untuk Sepanyol. Namun menebus kekecewaan beliau di penentuan sepakan penalti.

Fedor Kudryashov – 7

Beraksi baik di bahagian pertahanan kiri Rusia.

Yury Zhirkov – 7

Melakukan 80% hantaran tepat dalam perlawanan ini. Digantikan pada rehat separuh masa.

Roman Zobnin – 6

Tidak beraksi baik dalam perlawanan ini dan beliau mengutip kad kuning.

Daler Kuzyaev – 6.5

Beraksi sederhana dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-97.

Mário Fernandes – 7

Cukup bertahan dalam perlawanan ini. Tidak terlalu kerap naik ke atas.

Aleksandr Samedov – 6.5

Tidak begitu berkesan terutamanya dalam melakukan hantaran.

Aleksandr Golovin – 7

Melakukan banyak kekasaran dalam perlawanan ini. Menjaringkan penalti yang mendorong kepada kemenangan Rusia.

Artem Dzyuba – 7

Menjaringkan gol penyamaan buat Rusia dalam perlawanan ini.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 01: Artem Dzyuba of Russia scores a penalty past David De Gea of Spain for his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Spain and Russia at Luzhniki Stadium on July 1, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Oleg Nikishin/Getty Images)

Pemain gantian

Vladimir Granat – 6.5

Tidak banyak impak yang diberikan oleh beliau dalam perlawanan ini.

Denis Cheryshev – 7

Menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti.

Fedor Smolov – 7

Turut menjaringkan sepakan penalti untuk menyingkir Sepanyol.

Aleksandr Erokhin – 6.5

Tidak memberikan impak yang banyak dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN