Igor Akinfeev Muncul Wira, Bantu Rusia Singkir Sepanyol Menerusi Sepakan Penalti

Sepanyol menghadapi cabaran dari tuan rumah Rusia untuk memburu tiket ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Juara dunia 2010 ini bermain dengan cara tipikal mereka apabila menguasai kebanyakkan penguasaan bola untuk membuatkan Rusia hanya menguasai bola dengan begitu terhad.

Sepanyol berjaya memperoleh gol pertama menerusi jaringan sendiri Sergey Ignashevich selepas bola terkena kakinya ketika sedang bergelut dengan Sergio Ramos dalam situasi sepakan percuma.

Bola yang dihantar oleh Marco Asensio itu terkena kaki beliau dan menerjah masuk ke gawang sendiri.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 01: Sergey Ignashevich of Russia scores an own goal to put Spain in front 1-0 during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Spain and Russia at Luzhniki Stadium on July 1, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Perlawanan ini menyaksikan Sepanyol tidak melakukan hantaran-hantaran penting yang mendorong kepada jaringan. Sebaliknya mereka hanya bertukar-tukar hantaran sesama sendiri tanpa cuba untuk mengancam Rusia.

Rusia berjaya menyamakan kedudukan menerusi Artem Dzyuba selepas beliau menyempurnakan sepakan penalti.

Penalti itu diberikan selepas bola terkena Gerard Pique dan pengadil memberikan sepakan penalti untuk tuan rumah.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 01: Artem Dzyuba of Russia celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Spain and Russia at Luzhniki Stadium on July 1, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Separuh masa kedua menyaksikan Sepanyol masih lagi menguasai bola namun mereka tidak mengancam pintu gol Rusia.

Perlawanan jelas dikawal oleh Sepanyol dengan sekali-sekala Rusia datang mengancam pintu gol mereka.

Pemain gantian, Andres Iniesta memberikan sinar harapan di penghujung perlawanan apabila rembatan beliau dari luar kotak penalti ditepis oleh Igor Akinfeev.

Perlawanan berakhir dengan 1-1 selepas 90 minit permainan, dan masa tambahan diperlukan untuk mencari pemenang.

Di masa tambahan, Sepanyol mula berani melakukan pelbagai combination play untuk mencari gol.

Namun begitu, mereka masih lagi buntu untuk mencari gol untuk mengesahkan kemenangan.

Rodrigo bijak melakukan satu pusingan untuk melarikan diri dari kawalan pertahanan Rusia, namun percubaan beliau terus ke arah Akinfeev.

Sepanyol dan Rusia gagal mencari gol kedua dalam perlawanan ini, dan mereka terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Berikut merupakan hasil sepakan penalti antara kedua-dua pasukan:

  • Andres Iniesta (Sepanyol) – masuk
  • Fedor Smolov (Rusia) – masuk
  • Gerard Pique (Sepanyol) – masuk
  • Sergey Ignashevich (Rusia) – masuk
  • Koke (Sepanyol) – tak masuk
  • Aleksandr Golovin (Rusia) – masuk
  • Sergio Ramos (Sepanyol) – masuk
  • Denis Cheryshev (Rusia) – masuk
  • Iago Aspas (Sepanyol) – tak masuk

Keputusan penuh, Sepanyol 1-1 Rusia. Rusia menang dengan sepakan penalti 4-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN