Rating Pemain Perancis vs Peru, Kedua-Dua Pasukan Nampak Seimbang

Perancis menang 1-0 ke atas Peru. Ini adalah rating pemain.

Perancis

Hugo Lloris – 6

Jarang diuji daripada percubaan jarak dekat. Peru lebih mengancam dengan percubaan jarak jauh namun tidak tepat.

Pavard – 6

Pavard menjadi sasaran utama serangan Peru kerana beliau banyak memberikan ruang kepada pemain lawan.

Varane – 7

Stabil dan kental di pertahanan. Beliau hampir menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Umititi – 7

Bergandingan baik dengan Varane, mengurangkan impak serangan lawan di dalam kotak penalti.

Lucas Hernandez – 7.5

Salah satu aksi terbaik beliau bersama Perancis. Larian deras ke kawasan serangan dan melepaskan 2 percubaan ke arah gol. Beliau juga bertahan dengan kental.

Pogba – 5.5

Hanya melakukan 72% hantaran tepat. Bukan ratio yang baik untuk pivot pasukan dan kualiti pemain seperti Pogba. Tidak bermain pada prestasi terbaik

Kante – 7.5

Pemain paling rajin dalam padang. Memenangi 7 duels, 4 bentesan bersih dan 4 pintasan. Ratio hantaran beliau adalah 88%.

Matuidi – 6.5

Dari segi kerajinan beliau sangat baik. Namun dari segi kualiti hantaran beliau agak menghampakan. Tiada satu pun hantaran lintang beliau tepat dengan 77% ketepatan hantaran.

Griezmann – 6.5

Dia tenggelam timbul dalam perlawanan ini. Namun pada fasa beliau bermain baik, beliau mencipta beberapa peluang gol dengan linking up play sangat baik.

Mbappe – 7

Penjaring gol kemenangan dan pemain yang menyusahkan Peru dengan kelajuan dan kekuatan fizikal beliau.

Giroud – 7

Beliau pemain yang berusaha keras ketika menyerang dan bertahan. Mencetuskan gol Mbappe selepas percubaan beliau terbias.

Pemain gantian

Dembele – 6.5

Hampir menambah gol untuk pasukan beliau.

Nabil Fekir – N/A

N’zonzi – N/A

Peru

Gallese – 7

Melakukan 3 saves pada hari ini untuk memastikan perlawanan terus hidup sehingga minit akhir.

Advincula – 6.5

Bertahan baik di sebelah kanan dan banyak membantu serangan dengan kualiti dengan bola.

Christian Ramos – 6

Daripada 7 duels beliau terlibat, tidak satu pun beliau menangi.

Alberto Rodriguez – 6

Kerapkali ditewaskan dengan mudah pada zon yang penting dan menyebabkan pasukan dalam ancaman.

Miguel Trauco – 5

Mbappe memberikan beliau hari untuk dikenang. Beliau sukar untuk mengekang Mbappe.

Pedro Aquino – 7

Pemain yang sangat dominan di zon tengah. Melakukan beberapa hantaran kunci dan juga percubaan gol yang hampir menerjah gawang.

Yotun – 6

Beliau penghantar bola yang baik. Namun dari segi pertahanan, beliau sukar untuk bersaing dengan kualiti pemain tengah Perancis.

Andre Carillo – 6.5

Pemain ini sangat dinamik. Namun hari ini beliau berhadapan dengan Lucas Hernandez yang berada dalam prestasi terbaik.

Edison Flores – 7

Pemain ini lincah namun penyudah (hantaran akhir) beliau sangat lemah dalam perlawanan ini. Tidak mencipta peluang ke dalam kotak penalti.

Christian Cueva – 6.5

Pemain yang rajin namun kurang kreativiti di zon 14. Beliau sangat baik dengan bola.

Paolo Guerrero – 6

Memiliki peluang keemasan dari jarak dekat namun percubaan lemah. Beliau juga melakukan sepakan percuma yang lemah. Masih belum menunjukkan taring beliau dalam Piala Dunia kali ini.

Pemain gantian

Jefferson Farfan -6

Farfan terus gagal menepati ekspektasi. Melakukan satu percubaan bahaya.

Santamaria – 7

Pemain ini berjaya memberikan perubahan kepada pasukan ketika dimasukkan. Beliau melakukan 94% hantaran tepat.

Ruidiaz – N/A

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN