Jaringan Tunggal Kylian Mbappe Singkirkan Peru

Perancis bertemu dengan Peru dalam perlawanan kedua kumpulan C selepas aksi di antara Denmark dan Australia berakhir 1-1.

Awal separuh masa pertama nampak seimbang. Varane membuatkan penyokong Peru cemas dengan tandukan bebas. Griezmann melakukan separa voli yang berjaya diselamatkan penjaga gol.

Paolo Guerrero memiliki peluang keemasan di dalam kotak penalti namun diselamatkan oleh Hugo LLoris pada minit ke-31.

Mbappe kemudian melakukan back heel yang hampir menghasilkan gol.

Seminit kemudian, Kylian Mbappe  meletakkan Perancis di hadapan selepas percubaan Giroud terbias pada pertahanan. Menjadikan Kylian Mbappe penjaring termuda Perancis dalam kejohanan major.

Tidak lama selepas itu, Griezmann melorongkan bola cantik kepada Lucas Hernandez namun gagal disudahkan, temasuk tindakan susulan oleh beliau.

Pada separuh masa kedua, Peru memperbaiki permainan mereka. Percubaan Aquino terkena penjuru tiang gol. Carillo turut melakukan percubaan jarak jauh yang bahaya.

Peru berhadapan dengan isu kreativiti untuk memecah masuk dan mencipta peluang di dalam kotak penalti lawan.

Ousmane Dembele hampir membunuh perlawanan ini, namun percubaan deras beliau tersasar.

Kemenangan 1-0 ini membolehkan Perancis mara pusingan kalah mati seperti yang diramalkan. Peru pula terpaksa balik awal selepas gagal mengutip sebarang mata dalam 2 perlawanan.

Mereka adalah pasukan bukan tuan rumah yang memiliki penyokong teramai di Rusia, terpaksa menerima hakikat akan kekalahan dan kegagalan mara meskipun sudah memberikan tentangan sengit dalam 2 perlawanan pertama mereka.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN