RASMI: Thailand Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka
Guardiola provides Haaland fitness update ahead of Liverpool Loading official content
Guardiola provides Haaland fitness update ahead of Liverpool
Pep Guardiola, Manchester City manager, provided an update on Erling Haaland’s fitness ahead the Premier League match against Liverpool.
0 seconds of 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:27
00:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Madura United gear up for Persib away clash Behind the scenes: Musiala and his little brother at the contract extension video shoot Brazilian midfielder Berguinho shows goalkeeping skills Champions League: 2024-25 play-off draw Behind the scenes: PSG celebrate victory over Brest and advance to UCL knockout round Lopetegui expects great things from Sergio Ramos at Monterey Lyon's 10 goals in 3 games under Paulo Fonseca Giorgia Arrigoni on her contract renewal with Milan Rebecca Knaak: ‘The cross-border duel is always something special’ Man City squad training ahead of Real Madrid in the UCL Slot sees experience as key to Liverpool FC’s title ambitions The best of Vitinha at PSG Lihat lebih video Manchester City di OneFootball

Salah sebuah negara Asia Tenggara yang dilihat bakal menyertai Pestabola Merdeka 2022 iaitu Thailand telah memilih untuk menarik diri daripada kejohanan tersebut.

Keputusan ini dilihat bercanggah dengan apa yang dilaporkan sebelum ini apabila Thailand dilihat bakal mengisi kekosongan tiga negara yang akan bertarung menentang Malaysia.

Sebelum ini, Thailand disebut-sebut bakal menjadi salah sebuah daripada dua negara Asia Tenggara yang bakal menyertai Pestabola Merdeka selain daripada Vietnam.

Akan tetapi, ianya tidak akan menjadi kenyataan selepas Thailand tidak akan menyertai kejohanan klasik Malaysia itu selepas mereka turut akan menganjurkan pertandingan pada waktu yang sama.

Menurut ASEAN Football, Thailand memilih untuk menarik diri kerana pada waktu yang sama Pestabola Merdeka diadakan, King’s Cup juga bakal dilakukan.

Ini tidak lain, memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memilih nama baharu untuk mengisi tiga slot pasukan yang bakal dijemput.

India jadi pengganti?

Dengan penarikan diri Thailand, FAM yang pada mulanya mensasarkan untuk membawa dua pasukan Asia Tenggara dan satu daripada Asia Barat perlu melakukan sedikit perubahan menjelang Pestabola Merdeka ini.

Dengan penarikan diri Thailand, tinggal Vietnam sahaja wakil Asia Tenggara yang berpotensi untuk menyertai kejohanan ini.

Selain itu, Palestin dan Syria pula dianggap wakil Asia Barat yang juga belum memberikan jawapan mereka.

Akan tetapi, satu negara yang boleh dikatakan “sah” akan menyertai kejohanan ini adalah India.

Penyokong India yang sebelum ini mendesak agar jemputan diberikan kepada mereka akhirnya berjaya selepas FAM telah memberikannya kepada FA India.

Adakah India, Vietnam dan satu daripada pasukan Asia Barat akan melengkapkan Pestabola Merdeka tahun ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN