Tottenham Hotspur akhirnya hilang sabar dengan Nuno Espirito Santos dan memecat pengurus mereka itu selepas skuad kendaliannya tewas 3-0 kepada Manchester United kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada hujung minggu lalu.
Tottenham kini telah tewas lima dari tujuh perlawanan Premier League mereka setakat ini.
BREAKING: Tottenham head coach Nuno Espirito Santo has been sacked.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 1, 2021
Keputusan buruk tersebut menyebabkan mereka sekadar menduduki tempat kelapan liga dan sudah ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Chelsea.
Pemecatan Nuno Espirito sememangnya sudah dijangka, cuma ironinya ia berlaku selepas tewas kepada skuad kendalian Solksjaer, pengurus yang turut berada di dalam tekanan ekoran beberapa siri keputusan buruk bersama Manchester United.
Club announcement.
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 1, 2021
“Saya tahu betapa bersungguhnya Nuno dan kakitangan kejurulatihan di bawah beliau mahukan kejayaan dan saya kesal kerana terpaksa membuat keputusan ini,” ujar Pengarah Sukan kelab London itu, Fabio Paratici dalam satu kenyataan.
Pemecatan tersebut bermakna pengendali dari Portugal berusia 47 tahun itu hanya bertahan selama 4 bulan. Nuno menyertai Tottenham kelab London itu dari Wolves hanya pada Jun lalu.
Tottenham dalam satu kenyataan juga berkata calon pengganti Nuno akan diumumkan kemudian.
Dalam satu laporan berasingan, akhbar UK, The Guardian melaporkan Tottenham kini serius mengadakan perbincangan dengan bekas pengendali Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte.
Tottenham in talks with Antonio Conte again after sacking Nuno as manager @FabrizioRomano https://t.co/V2zIQpmns3 pic.twitter.com/PHozxrivfx
— Guardian sport (@guardian_sport) November 1, 2021
Conte sebelum ini turut dikaitkan dan dikatakan berminat untuk menjadi pengganti Solksjaer di Old Trafford sekiranya Manchester United memecat jurulatih dari Norway itu.
Pengurus dari Itali itu sebelum ini menolak tawaran Tottenham pada musim panas lalu sebelum Nuno dilantik sebagai pengurus kelab London itu.
Namun sehingga kini Conte masih lagi tanpa sebarang kelab dan Fabio Patriaci menjadikan jurulatih berpengalaman itu sebagai calon utama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nuno.
Malah laporan tersebut turut menyebut perbincangan Conte dan Tottenham kini berada di peringkat akhir dan kelab London itu yakin persetejuan di antara kedua-dua pihak mampu dicapai.