RASMI: Syazwan Andik Sah Sarung Jersi Harimau Selatan

Pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan, Syazwan Andik kembali semula menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini selepas menamatkan kontrak dengan pasukan Kuala Lumpur minggu lalu.

Beliau yang berusia 23 tahun itu sebelum ini dikaitkan akan menyertai pasukan Selangor selepas gambarnya bersama penolong pengurus skuad The Red Giants, Nazzab Hidzan, memuat naik gambarnya bersama pertahanan kiri itu di laman sosial.

Namun, ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan menafikan pemain tersebut akan menyertai pasukannya sebaliknya beliau akan kembali ke Johor.

Malah, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi turut mengesahkan dalam Berita Harian berkata Pelo turut berada dalam radar pasukan Melaka United.

Selepas dikaitkan dengan beberapa pasukan, pengarah sukan kelab JDT, Martin Prest akhirnya buka mulut mengumumkan JDT ingin mendapatkan pemain tersebut dan berbincang sama ada Syazwan mahu kembali ke Harimau Selatan.

Jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah bagaimanapun redha dengan pemergian pemain itu ke pasukan lain walaupun khidmatnya amat ditagih bagi menguatkan benteng pertahanan skuad warga kota. Difahamkan tunggakan gaji dua bulan oleh KLFA menjadi punca pemain itu keluar.

Syazwan sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan JDT II dan kemudian beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super bagi mengembangkan kerjaya bola sepaknya.

Peluang beraksi di liga divisyen satu itu telah meningkatkan tahap permainannya sehingga terpilih mewakili skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Prestasi cemerlangnya dengan skuad Ong Kim Swe telah menarik minat Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN