RASMI: Selangor Perkenalkan ‘Aset Baharu’ Ke-4, Nik Sharif Haseefy

Nik Sharif Haseefy Sri Pahang Selangor FC 2021

Selepas Shahrel Fikri, Tim Heubach dan R. Dinesh, Selangor FC telah memperkenalkan pemain baharu keempat mereka dari Sri Pahang FC, Nik Sharif Haseefy.

Pemain berusia 23 tahun itu tidak menunggu lama di Pahang apabila memilih untuk berhijrah selepas dua musim menyarung jersi Tok Gajah. Mengakui ia satu peluang yang hebat apabila dapat menyertai kelab besar seperti Selangor, Nik Sharif akan cuba memberikan yang terbaik bagi membalas jasa pengurusan dan penyokong.

Tidak seperti rakan sepasukannya yang lebih senior dan merupakan tonggak skuad kebangsaan – Nor Azam Azih, yang bakal memasuki musim ke-7 di Pahang, Nik Sharif mahu mengubah haluannya dan terdapat beberapa faktor yang mendorongnya.

Memetik kenyataannya kepada Harian Metro mengenai Selangor, “Saya berasa teruja serta bersyukur atas rezeki dan peluang yang diberikan untuk bermain dengan salah sebuah pasukan yang penuh sejarah dan pencapaian di Liga Malaysia. Saya akan berusaha untuk berikan prestasi yang terbaik untuk pasukan.”

Katanya lagi, Selangor mempunyai kemudahan yang serba lengkap, pihak pengurusan yang profesional selain barisan pemain yang berpengalaman.

Selain itu, jurulatih baharu Selangor, Karsten Neitzel, dilihat turut mengagumi bakat pemain tersebut dan percaya beliau bakal memainkan peranan penting pada musim hadapan. Beliau juga tidak sabar untuk melihat aksi pemain itu dalam pra-musim.

“Dia [Nik Sharif] memiliki aspek teknikal yang baik serta mempunyai visi yang hebat dalam membaca permainan biarpun usianya yang masih muda. Dia juga boleh bermain sebagai pemain sayap atau membantu bahagian tengah dengan efektif.

“Kita perlukan lebih daripada 11 pemain terbaik sepanjang musim dan saya percaya dia bakal memainkan peranan penting musim hadapan,” tambah Karsten Neitzel.

Nik Sharif mula mendapat tempat bersama skuad utama Pahang ketika percaturan Dollah Salleh merehatkan hampir keseluruhan pasukannya untuk berdepan Selangor musim lalu dan sehingga berakhir musim 2020, beliau telah tampil sebanyak 11 kali dengan merekodkan 593 minit permainan dan telah meledak tiga gol.

KREDIT FEATURED IMAGE: SELANGOR FC

Baca lagi artikel mengenai Nik Sharif Haseefy dan Selangor FC:

Selangor Semakin Hampir Muktamadkan Shahrel Fikri, Nik Sharif Haseefy

Bekas Pemain 2. Bundesliga, Tim Heubach Dikatakan Sudah Tiba Di Selangor

Irfan Bakti Senaraikan 11 Pemain Yang Ada Kualiti Untuk Sekat JDT, Apa Respon TMJ?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN