Klopp Bengang Cadangan Lima Pertukaran Pemain Ditolak Majoriti Kelab EPL

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengkritik sebahagian kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengundi menolak pelaksanaan lima pertukaran pemain untuk saingan musim 2020/21.

Dalam undian yang dijalankan buat kali ketiga itu, terdapat peningkatan undi menyokong cadangan tersebut kepada sembilan kelab berbanding hanya tujuh dalam undian sebelum ini.

EPL sebelum ini menggunakan peraturan tersebut untuk baki perlawanan liga yang disambung semula pada bulan Jun, namun mereka kembali kepada tiga pertukaran pada awal musim ini selepas undian pertama dibuat.

Perubahan hanya boleh dibuat sekiranya mendapat undi dua pertiga daripada 20 pasukan bertanding. Ia bermakna peraturan itu hanya boleh dikuatkuasa sekiranya 13 pasukan mengundi untuk menyokong.

EPL merupakan satu-satunya kelab yang menggunakan peraturan tiga pertukaran pemain sahaja dalam kalangan liga utama di Eropah.

Pada pertengahan tahun lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan untuk semua liga bola sepak di seluruh dunia untuk melaksanakan peraturan baharu tersebut.

Ia dibuat susulan berlaku kepadatan jadual ekoran aksi liga yang tertangguh yang tentunya memberi kesan kepada kecergasan pemain.

Beberapa pengurus kelab-kelab utama telah beberapa kali menyuarakan isu ini kerana pasukan mereka terlibat dengan kejohanan Eropah dan pemain-pemain utama pula kebanyakannya beraksi untuk skuad kebangsaan masing-masing dalam perlawanan antarabangsa.

https://twitter.com/EasySoccerNews/status/1340072746936463360?s=20

Klopp yang ternyata kecewa turut mengkritik jawatankuasa eksekutif EPL yang dianggap tidak mempedulikan kebajikan pemain.

Musim ini Liverpool telah beberapa kali kehilangan khidmat pemain-pemain pentingnya seperti Virgil van Dijk, Joe Gomez, Trent Alexander-Arnold, Fabinho, Henderson, Thiago Alcantara dan ramai lagi.

“Saya tak tahu liga mana lagi yang masih kekalkan tiga pertukaran. Tentulah ada sebab yang kukuh kenapa mereka ubah peraturan itu, kerana itulah mereka mengundi untuk lima pertukaran,” ujar jurulatih warga Jerman itu.

Pep Guardiola, Mikel Arteta, Carlo Ancelotti turut senada dengan rakan sejawatnya itu di mana mereka berharap pihak EPL dapat melakukan sesuatu dengan memikirkan nasib pemain di liga paling popular di dunia berkenaan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Jurgen Klopp: Sukar Untuk Menang Di England, Apatah Lagi Mendominasinya

Matic: Kalau Berterusan Seperti Ini, Kami Boleh Jadi Pencabar Kejuaraan

RASMI: Kai Rooney Sertai Manchester United

Leave a Reply