RASMI: Safawi Buka Lembaran Baharu Bersama Ratchaburi Di Thailand

Penyerang sensasi negara, Safawi Rasid secara rasminya kini sudah pun menyertai Ratchaburi FC untuk saingan Thai League 1 pada tahun ini secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman Twitter beliau sebentar tadi.

Sebelum ini, salah satu laman sukan di Facebook iaitu Main Stand-International ada menyatakan Ratchaburi akan menandatangani khidmat Safawi.

Menurut laman itu, pengerusi kelab tersebut iaitu Tanawat Nitikanchan telah pun menyatakan pihak mereka akan mendapatkan Safawi untuk saingan 2022/2023 menjelang jendela perpindahan kedua liga ini.

Dengan kehadiran Safawi, beliau akan menjadi pemain Asia Tenggara ketiga yang mengisi slot kelab tersebut selepas Myo Minn Latt dan Hein Phyo Win dari Myanmar.

Menerusi perpindahan tersebut, Tanawat berharap Ratchaburi akan dapat meluaskan lagi pasaran pemain dari Asia Tenggara pada masa akan datang.

“Setakat ini segala urusan kami bersama Safawi berjalan dengan sangat lancar, beliau akan menyertai Ratchaburi selepas menamatkan tugas bersama skuad kebangsaan.

“Saya harap dengan penyertaan Safawi ke Ratchaburi dapat menambah lebih ramai para penyokong untuk bersama kami selepas ini, jelas beliau menerusi laman tersebut.

Nama Safawi bukan lagi sesuatu yang asing dalam bola sepak di Asia Tenggara selepas kejayaan beliau sebelum itu bersama skuad kebangsaan serta bersama JDT di pentas AFC Champions League (ACL).

Kelebihan Safawi terarah kepada larian deras yang dibuat beliau ketika menyerang serta mempunyai ketajaman yang tidak perlu dipertikaikan lagi di hadapan gol.

Musim ini menyaksikan Safawi telah pun meledak dua gol bersama tiga bantuan jaringan daripada 13 penampilan dalam saingan Liga Super.

Pemain kelahiran Terengganu ini juga mencatat satu bantuan gol sepanjang enam aksi beliau dalam saingan ACL musim ini selain menjadi tonggak penting yang membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Untuk info, Ratchaburi bukanlah kelab pertama dari luar negara yang disertai Safawi setelah beliau sebelum ini pernah berkelana bersama Portimonense FC di Portugal selama beberapa bulan.

Selain Safawi, beberapa pemain Malaysia yang lain turut berada di Thailand tahun ini iaitu Liridon Krasniqi bersama Khon Kaen United, Dion Cools (Buriram United), dan Junior Eldstal (PT Prachuap).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN